Tuesday, 1 January 2019
Tujuh Bulan Bentuk Kerajaan PH Tidak Berhenti Menyerang BN Demi Tutup Kelemahan PH
By @MNA at 12:34:00
Mengapa PH terus menyerang BN kini berstatus pembangkang walaupun mereka kini adalah kerajaan ?
Mengikut undi Popular (Parlimen) PRU 14 mengikut jumlah undi tertinggi :
1. BN : 3,794,821
2. PKR : 2,046,484
3. DAP : 2,040,068
4. PAS : 2,032,080
5. BERSATU : 738,451
6. AMANAH : 648,087
Nampak tak ..Secara solo, BN masih lagi jauh meninggalkan parti lain, malah melebihi hampir 2 kali ganda (1.9 Kali ganda) dari undi tertinggi parti komponen PH iaitu PKR. Jadi langkah ahli Parlimen BN (UMNO) yg lompat ke dlm PH dgn join Bersatu adalah langkah gopoh dan tidak sabar oleh org yg tk biasa kalah (golongan lemah semangat).
Jika undi BN digabungkan dengan PAS berjumlah 5,826,901 berbanding jumlah undi PH setelah bergabung hanya 5,473,090.
Peratusan undi popular PH hanyalah 48.4% manakala undi popular pembangkang adalah 51.5%.
Jelas majoriti rakyat atau lebih tepat pengundi PRU 14 sebenarnya menyokong BN dan PAS, PH hanya menang disebabkan kerusi Parlimen BN dan PAS tidak bergabung.
Walau PH berjaya bentuk kerajaan, mereka sebenarnya lemah. Apa yg dibuat oleh mereka hari ini hanya utk menampakkan seolah-olah mereka kuat, maka diujudkan persepsi 24 jam mereka kuat dan pembangkang lemah seolah-olah tiada langsung penyokong.
Dalam PH, yg merasa paling kuat ialah DAP. Hakikatnya undi utk mereka 6 ribu kurang dari PKR. Hatta dibanding dengan PAS yg dimomok sebagai parti yg tak dapat sambutan langsung, DAP hanya melebihi 8 ribu undi sahaja berbanding PAS.
Walau BN atau PAS tidak berjaya bentuk kerajaan, gabungan undi mereka jauh meninggalkan PH.
Parti BERSATU no. 2 paling corot, sedaya upaya berusaha nak nmpak gah dengan terpaksa cedok ahli Parlimen dari BN (UMNO).
Parti AMANAH, parti paling corot seolah-olah tak masuk senarai, mereka akan ikut DAP dalam apa jua keadaan, memandangkan tanpa DAP, Amanah pun tak akan wujud. Jadi klu DAP merajuk dan nak keluar dari PH dengan situasi politik yg melanda mereka skrg, jangan lupa heret Amanah yg setia tu sekali, hatta nak berambus ke luar negara lagi ok.
Walau PH telah menjadi kerajaan lebih dari 6 bulan, masih tidak berhenti-henti membalun BN. Inilah antara sebabnya mereka masih tak henti2 menghentam teruk BN dan PAS.
Kita doakan mereka (PH) cepat pendek hayat pemerintahan mereka. Dengan fakta-fakta di atas dan kerugian yg terpaksa ditanggung rakyat walau mereka yg tidak mengundi PH masa PRU bulan Mei lepas, maka gelaran 'KERAJAAN SEPENGGAL' itu semakin hampir pasti, Insya Allah
#IslamMemimpin
Related Posts:
BN Perak Tidak Pandang Mudah Mana-Mana Pilihan Raya Barisan Nasional (BN) negeri Perak tidak pernah memandang remeh atau mengambil mudah tetapi memberikan perhatian serius ke atas mana-mana pilihan raya termasuk Pilihan Raya Kecil (PRK) yang bakal berlangsung di Parlimen … Read More
Dr Mahathir Tolak Parti Yang Berjasa Kepada Beliau Dan Keluarganya - PM Najib LONDON - UMNO dan Barisan Nasional telah berjasa dan memberi manafaat besar kepada Tun Dr Mahathir Mohamad sehingga membolehkan beliau menjadi perdana menteri selama 22 tahun.Namun tindakannya menentang UMNO kini menye… Read More
BN Perak Tidak Pandang Mudah Mana-Mana Pilihan Raya Barisan Nasional (BN) negeri Perak tidak pernah memandang remeh atau mengambil mudah tetapi memberikan perhatian serius ke atas mana-mana pilihan raya termasuk Pilihan Raya Kecil (PRK) yang bakal berlangsung di Parlimen … Read More
BN tinjau calon paling sesuai untuk PRK: Najib LONDON: Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak berkata, Barisan Nasional (BN) sedang meninjau calon yang paling sesuai untuk pilihan raya kecil (PRK) Parlimen Sungai Besar dan Kuala Kangsar. "Kita dalam ma… Read More
Wanita UMNO Kuala Kangsar Kemuka Dua Nama Calon PRK PARIT BUNTAR - Wanita UMNO Bahagian Kuala Kangsar mengemukakan dua nama untuk dipertimbang sebagai calon dalam pilihan raya kecil (PRK) Kuala Kangsar bulan depan.Ketua Wanita UMNO negeri Datuk Rusnah Kassim berkata kedua-d… Read More