Friday, 7 December 2018

Tutup AIM Sasaran Terkini Kerajaan PH


Inilah matlamat untuk menghalalkan cara. Perlahan-lahan kesenangan diberi kepada orang Melayu ditarik balik. Kita tahu AIM satu institusi yang memberi pinjaman modal kepada mereka yang ingin memulakan perniagaan. Orang Melayu adalah yang paling ramai membuat pinjaman melalui AIM.

Begitu mudah kerajaan PH menggunakan alasan tindakan itu adalah berdasarkan Seksyen 17 (2) Akta Pemegang Amanah 1992 kerana badan berkenaan tidak memenuhi syarat Suratcara Ikatan Amanah terutama dalam penubuhan anak syarikat.

Kata kerajaan PH kini menyediakan dokumen yang diperlukan sebelum memulakan prosedur pembatalan sijil Amanah Ikhtiar Malaysia (AIM).

Ini antara alasan yang diberi oleh Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Mohamed Hanipa Maidin, berkata AIM sepatutnya membantu isi rumah termiskin, namun berlaku pelanggaran undang-undang oleh pentadbiran terdahulu.

“Kita dapati banyak percanggahan dalam AIM sehingga laporan kewangan AIM bagi 2015-206 pun tidak pernah dikemukakan.

“Untuk membantu orang miskin pun banyak sangat masalah yang ditimbulkan oleh kerajaan terdahulu,” katanya pada sesi pertanyaan menteri (MQT) di Dewan Rakyat, hari ini

“Jangan risau, biarpun kita batalkan AIM sekali pun, kita tidak akan mengabaikan bantuan diberi kepada orang miskin.

“Bagaimanapun, pihak yang didapati melanggar peraturan perlu dikenakan tindakan undang-undang,”