Sunday, 2 December 2018

GAJI PENJAWAT AWAM TERLALU TINGGI, MENINGKATKAN KOS SARA HIDUP- Mahathir



Tun Mahathir menyalahkan gaji kakitangan awam yang terlalu tinggi menyebabkan kos sara hidup juga melambung tinggi.

Mengikut Tun Mahathir, inflasi dari kenaikan gaji kakitangan awam disebabkan sektor swasta yang terpaksa menaikkan gaji agar setaraf.

Lucu, kerana jumlah kakitangan awam hanyalah kira-kira 10% sahaja dari seluruh perkerja di Malaysia. 90% lagi adalah di sektor swasta.

Diakui gaji kakitangan awam dinaikkan ketika zaman pemerintahan Najib Razak, tapi itupun agar setanding dengan tahap gaji di sektor swasta kerana selama bertahun-tahun gaji tidak berubah di zaman Mahathir dahulu.

 Jadi, adakah salah Najib juga kerana menaikkan gaji kakitangan awam?

Kakitangan awam yang kebanyakannya Melayu merupakan golongan paling ramai dalam kumpulan rakyat termiskin B40. Jadi mengapa Mahathir hendak meletakkan kesalahan di bahu mereka?

Banyak dari kakitangan awam yang dibelenggu hutang dan masalah kewangan kerana pendapatan yang tidak mencukupi, bagaimana mereka ini boleh menyebabkan inflasi sedangkan duit untuk kegunaan harian pun cukup-cukup saja.

Gaji menteri-menteri yang sampai ratusan ribu sebulan itu Mahathir tidak bising pula. Padahal menteri-menteri itu lagi tidak tahu buat kerja.

Menyalahkan gaji kakitangan awam adalah alasan yang sengaja dicipta oleh Mahathir, kerana selepas ini mudahlah beliau 'mencantas' kakitangan awam ini dengan disambut tepukan gemuruh sahabat baik nya, DAP yang dari dulu terbukti ingin membuang kakitangan awam.

.
* NEGARA INSIDER.