Monday, 10 December 2018

Datuk Seri Najib Dibebaskan Selepas Soal Siasat Dengan Jaminan SPRM



Datuk Seri Najib Razak selesai memberi keterangan dan disoal siasat di Ibu Pejabat Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), di sini, hari ini.

Datuk Seri Najib dipercayai meninggalkan Ibu Pejabat SPRM kira-kira jam 1.40 tengah hari tadi.

Difahamkan, Datuk Seri Najib ditahan pada kira-kira jam 10.51 dan dibebaskan dengan jaminan SPRM pada jam 1.21 tengah hari tadi.

Mantan Perdana Menteri itu akan disiasat mengikut Seksyen 23(1) Akta SPRM 2009.

Terdahulu, beliau tiba di bangunan SPRM pada jam 10.42 pagi bagi memberi keterangan kali kedua berhubung isu pindaan Laporan Akhir Pengauditan 1Malaysia Development Berhad (1MDB).

Pada 6 Disember lalu, Najib hadir kali pertama ke sini dan meluangkan masa kira-kira empat jam bagi memberi keterangan kepada SPRM berhubung siasatan pindaan laporan berkenaan.