Friday, 28 December 2018

Biadapnya Khairuddin Bidas TMJ Jika Hebat Berpolitik Turun Takhta



Datuk Seri Khairuddin Abu Hassan, ahli Jawatankuasa Komunikasi dan Mobiliti Pakatan Harapan (PH) amat biadap dan bersikap berat sebelah menyarankan Tunku Mahkota Johor (TMJ), Tunku Ismail Sultan Ibrahim agar ‘turun singgahsana’ untuk menjadi tokoh politik sepenuh masa.

‘Saranan’ itu disuarakan Khairuddin ekoran tindakan TMJ yang kerap kali dilihat lantang mengeluarkan pendapat dan kritikan politik.

“Janganlah Tuanku senantiasa serta secara berterusan mengungkapkan kenyataan-kenyataan politik yang amat tidak manis didengari oleh rakyat jelata kerana kita mengamalkan sistem ‘Raja Berperlembagaan!!’

“Tetapi seandainya Tuanku rasa hebat berpolitik; turunlah dari takhta secara terhormat agar Tuanku boleh terus mengkritik tokoh-tokoh pemimpin kerajaan seterusnya pula rakyat pun boleh mengkritik tuanku secara terbuka!!

“Teladani lah jejak langkah YBM Tengku Razaleigh Hamzah dan YM Tengku Azlan Shah Abu Bakar.

“Jejak langkah ini barulah Tuanku akan lebih dihormati dan dipandang mulia oleh sekalian rakyat marhein,” tulisnya di Facebook.

Khairuddin nampaknya tanpa rasa hormat terus mengata,TMJ tidak harus berselindung di belakang perlembagaan yang mana rakyat akan dikenakan tindakan undang-undang sekiranya menjawab membalas kenyataan baginda  secara kritis.

Dimana keadilan bila sesorang individu tidak boleh bersuara. Kita sendiri nampak Kerajaan PH boleh kritik rakyat marhein tetapi rakyat marhein tidak boleh mengkritik kerajaan PH. 

Cara  Tuanku mengeluarkan kenyataan-kenyataan berbaur politik amat dihargai oleh rakyat. Sekurangnya ada pihak yang mengambil berat isu- isu yang tidak difahami oleh rakyat. 

Nampaknya Khairuddin lupa bahawa negara kita mengamalkan sistem ‘Raja Berperlembagaan’ yang perlu dipatuhi oleh semua.

Tunku Ismail sememangnya dikenali sebagai antara kerabat diraja yang lantang memberikan kritikan khususnya menerusi Twitter.

Antaranya, TMJ pernah mengkritik ‘individu yang berumur 93 tahun ingin menjadi Perdana Menteri’ sebelum PRU14 lalu yang dipercayai merujuk kepada Dr Mahathir.

Terbaharu, TMJ kerapkali menjadikan Ketua Armada Bersatu yang juga Menteri Belia dan Sukan, Syed Saddiq Syed Abdul Rahman sebagai sasaran kritikannya.

Baginda pernah menyindir Syed Saddiq kerana tidak bersetuju dengan pujian menteri muda itu terhadap Dr Mahathir yang dianggap sebagai ‘perfectionist.’

Putera Sultan Johor itu juga pernah menyindir dengan berkata Malaysia memerlukan seorang menteri sukan yang benar-benar bersemangat dalam bidang itu.

Baru-baru ini, TMJ ‘menyerang’ menteri muda itu yang didakwanya tidak memberi perhatian berhubung peruntukan untuk Sukma Johor 2020. 
https://mna-jaringansemasa.blogspot.com/2018/12/biadapnya-khairuddin-bidas-tmj-jika.html