Monday, 29 October 2018
PEKERJA SWASTA MANGSA TERBARU KERAJAAN PAKATAN HARAPAN
By @MNA at 23:59:00
Pakatan Harapan menjanjikan 1 juta peluang pekerjaan untuk anak-anak muda Malaysia.
Bila berjaya pada PRU 14 lalu, mereka membuang berpuluh ribu penjawat awam dan menutup pelbagai agensi serta jabatan kerajaan.
Di sektor swasta pula, Kongres Kesatuan Sekerja (MTUC) mendakwa 1,625 pekerja dibuang SETIAP BULAN. Itu yang direkodkan.
Yang tidak dilaporkan, kita tidak tahu.
YB Abdullah Sani (PKR) sudah pun mendedahkan terdapat bisik-bisik di kalangan taukeh-taukeh kilang untuk membuang pekerja lagi.
Sudah pasti bukan seratus dua yang bakal dibuang. Sudah pasti bukan seribu dua yang dibuang. Samada puluhan ribu atau ratusan ribu.
Semuanya berpunca dari ketidaktentuan ekonomi negara setelah kerajaan membatalkan lebih 4,000 projek berdaya saing untuk rakyat.
Semuanya berpunca dari TIADA HALATUJU NEGARA di kalangan para menteri dan kabinet kerajaan Pakatan Harapan.