Monday, 3 September 2018

Pengguguran Kes LGE Bukti Pemimpin Pakatan Lebih Kebal Dari Raja-Raja Melayu


Malaysia hari ini melalui satu lagi fasa peristiwa hitam di dalam perundangan negara apabila Peguam Negara menggunakan kuasa ‘veto’ mereka terhadap sistem keadilan Negara.

Berikutan daripada itu, Datuk Razlan Rafii aktivis rakyat memohon agar pihak Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) menyiasat segera Peguam Negara, Tommy Thomas di atas tindakannya yang menggugurkan kes rasuah bekas Ketua Menteri Pulau Pinang, Lim Guan Eng.

Pembebasan Joseph Lim Guan Eng dan Phang Li Khoon dari perbicaraan kes rasuah mereka menggambarkan kejayaan agenda reformasi ala Mahathirisme DAP.

Bayangkan semudah itu Timbalan Pendakwaraya membuat permohonan menggugurkan kes kepada Peguam Negara dan ianya DILULUSKAN.

Permohonan tersebut akhirnya dimajukan kepada mahkamah dan hakim menerima, meluluskan serta membebaskan kedua-duanya meski pun kes yang mula dibicarakan sejak Mac 2018 lalu sudah pun memanggil 25 orang saksi.

Sekiranya anda mahu memiliki keistimewaan sebegini, berlumba-lumbalah menjadi pemimpin dan menteri Pakatan Harapan.

Raja-raja Melayu pun tidak memiliki kekebalan undang-undang sebegini semenjak 1993.

SPRM harus melakukan siasatan segera kerana sudah pasti ada punyai unsur-unsur kepentingan hubungan anak guam dan Peguam Negara, juga unsur-unsur kepentingan Peguam Cara dengan Peguam Negara yang mengendalikan kes ini.

Malah SPRM sendiri telah mengeluarkan kenyataan bahawa mereka terkejut dengan tindakan Peguam Negara mengugurkan kes Guan Eng,

Umum mengetahui bahawa Tommy Thomas merupakan Peguam yang mewakili Guan Eng di dalam kes rasuahnya, sekarang ini Tommy merupakan Peguam Negara maka memang telah dijangkakan kuasa yang diberi kepada Thommy akan melepaskan Guan Eng namun tidak sangka ianya dibuat secara veto oleh Peguam Negara.

Banyak wang rakyat sudah dibelanjakan untuk melaksanakan kerja-kerja peyiasatan kes Guan Eng dan sepatutnya Peguam Negara lebih profesional dan memberi peluang kepada para hakim membuat keputusan, sekiranya kertas pihak SPRM gagal menyediakan bukti kukuh didalam kes ini, manakan kes ini boleh dibawa ke makamah.

“Peguam Cara, Datuk Enku Nor Faezah dan Datin Paduka Zauyah pernah berkata Peguam Negara tidak akan mencampuri kes Guan Eng tetapi hari ini apa sudah jadi?

“Adakah mereka hari ini boleh bersumpah bahawa kes Guan Eng adalah satu kesalahan dari pihak SPRM dan Peguam Negara terdahulu kerana ianya ada kaitan dengan ‘Pendakwaan Politik’,” katanya lagi.