Sunday, 26 August 2018
DSNR Disekat Tunai Haji Tajaan Kerajaan Arab Saudi
By @MNA at 11:40:00
Al kisahnya Datuk Najib membongkar kekejaman KERAjaan Pakatan Harapan (PH) menghalangnya menunaikan haji jemputan khas dari Arab Saudi.
Belum pernah terjadi dalam sejarah negara apabila pemimpin bukan dari kalangan kerajaan diiktiraf dan dijemput ke majlis rasmi kerajaan Arab Saudi, ujar bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak.
Beliau berkata demikian sebagai mengulas bekas Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi yang menjadi antara jemputan Raja Arab Saudi, Raja Salman bin Abdul Aziz Al Saud dalam majlis merayakan sambutan Hari Haji di Istana Raja Salman di Mina, Arab Saudi.
Menurut Najib, kerajaan Arab Saudi juga telah menyediakan pesawat khas untuk membawanya ke sana namun malangnya ketika ini namanya di dalam senarai hitam pihak Imigresen ke luar negara atas arahan KERAjaan PH.
“Saya dengar pesawat Khas Kerajaan Arab Saudi sudah bersedia membawa saya tapi malangnya saya telah disenarai hitamkan oleh pihak imigresen dari ke luar negara
“Baginda turut kesal terhadap KERAjaan Pakatan Harapan (PH) hari ini kerana bertindak biadab menutup Pusat Keamanan Antarabangsa king Salman di Putrajaya yang diluluskan saya dulu,” katanya dalam satu kenyataan.
Sumber: http://abuleman.blogspot.com