Antaranya ialah perlaksanaan semula SST ganti GST,kenyataan yang beri gambaran buruk mengenai ekonomi negara,’China Bashing’ yakni menghentam projek dan perniagaan dengan China serta camprtangan politik dalam Khazanah Nasional.
Rakyat perlu sedar dan tidak terbawa bawa dengan sentimen cuba salahkan kerajaan BN dulu yang dimainkan oleh kerajaan Pakatan Harapan sebaliknya menilai dengan teliti apa yang sedang berlaku.
Jika gelagat kerajaan Pakatan Harapan berterusan kesilapan mereka sendiri yang kelak akan bangkrapkan negara ini.
Menurut Datuk Annuar Musa dakwa kesilapan- kesilapan ini berpunca dari janji bulan dan bintang mereka semasa kempen PRU 14 gara gara tidak menduga langsung mereka akan menang dan dapat perintah.
Beliau berkata tidak mungkin orang yang berpengalaman seperti Tun Dr Mahathir Mohamad tidak faham mengenai selok belok ekonomi termasuk sistem cukai GST adalah lebih baik dari SST.
Ini kerana 162 buah negara seluruh dunia yang gunapakai GST dan cuma negara negara mundur seperti Nauru,Tuvalu,Somalia,Fiji yang masih pakai SST.
Hanya Malaysia satu satu negara di dunia yang patah balik dari GST untuk guna SST.
Kerosakan pada ekonomi negara bermula bila kerajaan Pakatan Harapan laksana sifar GST kerana nak bagi pengundi seronok bila menang pilihanraya.
Akibat dari itu negara telah kehilangan berbillion ringgit sebulan hasil GST. Semua ini yang cetuskan jem aliran wang dalam consolidated fund kerajaan .
Dari itu timbul dakwaan Menteri Kewangan Lim Guan Eng kononnya kerajaan BN dulu ‘rompak’ wang dalam tabung bayaran balik GST sebanyak lebih RM19 billion.
Sedangkan tidak timbul samasekali soal BN ‘merompak’ wang dari tabung itu. ‘sedia gadai seluar dalam’ tidak berlaku seperti didakwa Guan Eng.
Kehilangan pendapatan negara dari GST itu baru satu kesan.
Menurut Guan Eng dakwa pula hutang negara kini lebih RM1 trillion ia telah mencetuskan semtimen negatif hinggakan sekitar RM14 billion wang pelaburan asing di bursa saham ‘ lari’.
Ia bertambah parah bila berlaku campurtangan politik dalam Khazanah Nasional dimana berlaku pertukaran dalam barisan utama pimpinanya.
Katanya banyak saham saham blue chip yang dikaitkan dengan mereka terus merudum.
Kemudian ia berjangkit pula kepada nilai mata wang ringgit.
Annuar mendakwa dalam usaha untuk pertahan nilai ringgit kerajaan Pakatan Harapan telah gunakan banyak rizab negara untuk dokong nilai mata wang Ringgit.
Katanya berbillion digunakan untuk tujuan ini.
Selain itu tindak tanduk kerajaan Pakatan Harapan hentam projek dan pelaburan dengan China telah mengakibatkan harga minyak kelapa sawit merudum.
China kini sudah beralih beli lebih banyak minyak sawit dari Indonesia.
Ini menjejaskan pendapatan negara dan juga peneroka.
Sebenarnya cadangan kerajaan untuk adakan lagi projek kereta nasional juga akan beri kesan ekonomi yang negatif pada negara.
Berbillion wang negara sudah digunakan untuk tampung Proton dulu.
Bukan sahaja pasaran kereta negara ini adalah kecil,cukai perlindungan pada kereta nasional akan akibatkan harga kereta jenis lain jadi mahal.
Jika gelagat semua ini berterusan rantaian kesan yang suram pada suasana ekonomi negara akan dapat dilihat ada hujung tahun ini atau awal tahun depan.
Ini baru kesan dari segi ekonomi dan belum lain lain lagi