Monday, 4 June 2018

Raja Ada Peranan Bukan Sekadar Simbol

Related image

Hari ini sudah 25 hari pentadbiran PH. Ada lagi 75 hari untuk tunaikan 10 janji pilihanraya. Janji tidak ditunai, tetapi benda lain pula yang hendak digadai.

Sudah 10 hari dikhabarkan kemelut pelantikan Peguam Negara yang baru selepas Yang di-Pertuan Agong, Sultan Muhammad ke-V dilaporkan tidak merestui pelantikan seorang Peguam Kanan, Tommy Thomas sebagai Peguam Negara menggantikan Tan Sri Mohamed Apandi Ali.

Perdana Menteri, Mahathir Mohamad sudah lebih 10 hari menulis surat kepada baginda berkenaan nama Tommy bagaimanapun sehingga kini surat tersebut tidak mendapat sebarang perkenan daripada baginda.

Sekarang, kontroversi tercetus apabila penyokong kerajaan Pakatan Harapan (PH) dan Tommy sendiri mempersoalkan kuasa Raja-Raja Melayu termasuk Yang di-Pertuan Agong dalam hal pelantikan ini. Mereka kata, Agong tidak boleh menggunakan budi bicara menolak pencalonan oleh Perdana Menteri tetapi perlu menurut nasihat berkenaan.

Di negara ini, Yang di-Pertuan Agong adalah Ketua Negara dan bukan sekadar simbol sahaja. Ada budi bicara kuasa yang boleh digunakan oleh Tuanku dalam mengikut nasihat Kabinet terutamanya dari Perdana Menteri.

Banyak pendapat dan spekulasi di media sosial dan arus perdana tentang mengapa agaknya Agong tidak memberi perkenan dan menolak pelantikan Tommy.

Rata-rata mereka melihat bahawa Peguam Negara akan kerap menasihati Perdana Menteri dan Agong dalam hal perundangan termasuk undang-undang Syariah dan jika Peguam Negara adalah seorang yang bukan Islam, adakah beliau akan memberikan nasihat yang adil apabila melibatkan undang-undang Islam.

Selain itu, beberapa penulisan oleh calon Peguam Negara PH, Tommy ini yang banyak mengkritik Perlembagaan Persekutuan khususnya berkaitan Islam dan Agama Persekutuan.

Pendapat lain mengatakan Tommy adalah peguam bela kepada Menteri Kewangan, Lim Guan Eng dalam kes rasuahnya yang sedang dibicarakan di Mahkamah Tinggi Pulau Pinang yang kini sedang ditangguhkan. Ketika ini, beliau sudah menghantar reprisentasi baru kepada Pejabat Peguam Negara untuk mengenepikan tuduhan rasuah kes banglo beliau.

Jika Tommy yang jadi Peguam Negara, ada masalah konflik kepentingan akan berlaku memandangkan Peguam Negara adalah peguam bela kepada Guan Eng sendiri.

Ada pihak menyatakan bahawa ini adalah strategi licik Mahathir untuk membersihkan nama Guan Eng daripada kes rasuahnya. Selepas Tommy dilantik sebagai Peguam Negara yang baru, kes berkenaan akan diketepikan dan Guan Eng akan dilepaskan.

Malah Tommy juga dilihat pernah menjadi peguam kepada ketua pengganas komunis negara, Chin Peng. Gambar Tommy bersama Chin Peng sudah berlegar sejak dua tiga hari lepas.

Sultan dan Raja Melayu ada peranan dan kuasa tertentu bukannya menurut segala nasihat dari Perdana Menteri semata mata, apatah lagi pelantikan itu akan mewujudkan konflik di kemudian hari.

Lihat bagaimana Sultan Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah menggunakan kuasa baginda menolak pelantikan Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail sebelum ini yang dipilih oleh PKR sebagai calon Menteri Besar Selangor. Dalam Perlembagaan Persekutuan, ia disebut sebagai Raja Berperlembagaan.

Jadi kerajaan mana pun termasuk PH terpaksa mematuhi dan taat kepada perkara itu dan tidak berlaku biadab ke atas baginda Tuanku.

Kerajaan PH kini sibuk korek balik senarai nama Peguam Negara zaman 50an-60an yang dilantik YDPA daripada bukan muslim. Peguam Negara Persekutuan Tanah Melayu:

Stafford Foster Sutton (1948–1950)
Michael Joseph Hogan (1950–1955)
Thomas Vernor Alexander Brodie (1955–1959) dan Cecil M. Sheridan (1959–1963)

Kononnya hendak bagitau dulu kita pernah ada Peguam Negara yang bukan muslim. Yang PH tidak tahu senarai itu adalah sebelum pembentukan Malaysia negara kita digelar Persekutuan Tanah Melayu, masa itu British masih ada untuk membantu cara kita mentadbir negara.

Sejak tahun 1963 dimana selepas pembentukan Malaysia hingga sekarang belum ada lagi Peguam Negara dilantik dari kalangan bukan muslim.

Peguam Negara Malaysia:

Abdul Kadir Yusuf (1963–1977)
Hamzah Abu Samah (1977–1980)
Abu Talib Othman (1980–1993)
Mohtar Abdullah (1994–2000)
Ainum Mohd Saaid (2001)
Abdul Gani Patail (2002–2015)
Mohamed Apandi Ali (2015–2018)

Sekarang kerajaan PH ini hendak kita patah balik ke zaman 50an.

"Dulu aku ingat depa cuma rindu zaman Mahathir, tapi tak sangka depa pun rindu zaman penjajah.!!" Janganlah sesekali derhaka pada raja. Inilah benteng terakhir orang Melayu.

Jika raja pun tidak peduli, apa lagi yang tinggal untuk menjaga agama, bangsa dan tanahair ini. Bersama samalah kita hormati institusi raja dan Perlembagaan Persekutuan.

Nukilan :
Peguam Islam