Friday, 8 June 2018
Ekonomi Negara Diundur Ke Belakang
By @MNA at 12:09:00
HSR dibatalkan. Projek MRT3 dibatalkan. ECRL juga mungkin dibatalkan. Pembatalan semua projek ini menyebabkan pampasan dalam nilai yang besar, puluhan ribu peluang kerja tertutup dan kadar pertumbuhan ekonomi negara juga akan mengucup.
Ini tanda tanda ekonomi bergerak ke belakang. Tidak pernah ada lagi kerajaan meminta derma dari rakyatnya. Patutnya kerajaan cari duit beri dan bantu rakyat. Ini terbalik pula, rakyat yang mengundi pula diminta hulur duit poket mereka kepada kerajaan.
Akhirnya semalam, Tun Mahathir telah perbetulkan kembali angka hutang negara kepada kadar yang sebenarnya. Bukannya angka RM1 trillion yang dimanipulasi sebelum sebelum ini.
Kenapa tiba tiba kerajaan PH perbetulkan? Kerana pelabur sudah mulai hilang keyakinan. Baru 28 hari mentadbir Putrajaya, sudah RM7 bilion telah ditarik balik dari Bursa oleh orang asing sejak PRU14.
Walaupun kenaikan sederhana pasaran saham di Bursa sejak 3 hari lalu, pelabur asing telah menarik balik wang selama 23 hari berturut-turut. Ini merupakan tempoh yang paling lama sejak 2008.
Jumaat lalu, mereka menarik balik RM225.2 juta manakala bagi hari Isnin hingga Rabu mereka telah menarik balik masing-masing RM87.6 juta, RM104.2 juta dan RM278.9 juta.
Ditambah kepada RM5.83 bilion yang telah ditarik balik pada bulan Mei, sejumlah RM6.997 bilion telah ditarik balik oleh orang asing dari pasaran saham kita sejak kemenangan PH.
Aliran keluar ini juga dicerminkan oleh kejatuhan rizab asing BNM yang menurun sebanyak AS$1 bilion sejak kerajaan PH menguasai Putrajaya.
Ditambah pula dengan perletakan jawatan beberapa CEO GLC dan Gabenor Bank Negara yang sudah tentu memperlihatkan ada sesuatu yang tidak kena pada pentadbiran kerajaan PH sekarang.
Bonus yang makin berkurang, tiada kenaikan gaji untuk penjawat awam dan kegagalan kerajaan PH tunaikan janji 100 hari sedang dinilai oleh komuniti perniagaan dalam dan luar negara.
Semalam, rizab Bank Negara juga didapati menyusut. Pada 30 April nilai rizab adalah USD$109.5 billion. Kemudian semakan pada 7 Jun mendapati jumlah rizab menjadi USD$108.5 billion, susut sebanyak USD$1 billion.
Kalau zaman BN dulu, jenuh dituduh sebagai hilangkan duit, songlap duit dan sebagainya. Jadi sekarang ini bagaimana boleh kurang RM4 billion itu?
Harga barang macam itu juga. Masih mahal dan tidak turun turun. Harga petrol pun tidak jadi RM1.50 seperti yang dijanjikan. PTPTN kena bayar macm itu juga.
Hutang peneroka Felda belum lagi dihapus. Bonus raya pun tidak dapat. Skim Peduli Sihat entah ke mana. 2% KWSP surirumah pun macam tidak jadi. Inilah dia padahnya rakyat silap mengundi.
Ekonomi sudah berundur ke belakang. Tunggulah dua tiga bulan lagi, makin lembab dan "mandom" lah Malaysia. Peluang kerja tiada, apa pun tiada. Yang ada hanyalah cerita cerita persepsi setiap hari oleh kerajaan baru.
Tulisan :
Prof Madya Azizi Aaron