Wednesday, 23 May 2018

PKR Paling Rugi Dalam Agihan Kabinet PH


PKR menang 49 kerusi. Logonya digunakan sebagai lambang oleh semua calon PH, tetapi kini PKR menjadi parti yang paling rugi. Bagaimana boleh jadi begitu?

Walaupun parti PKR mendapat kerusi paling banyak dalam Pakatan Harapan (PH) selepas Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU14) lalu, parti itu adalah parti yang paling rugi dari segi pengagihan kerusi dalam Kabinet PH yang diterajui oleh Perdana Menteri, Mahathir Mohamad.

Setakat ini hanya 14 anggota Kabinet sudah dilantik dan sudah mengangkat sumpah di hadapan Yang di-Pertuan Agong, Sultan Muhammad ke-V termasuk Perdana Menteri dan Timbalan Perdana Menteri, Dr Wan Azizah Wan Ismail.

Menurut Mahathir, jumlah penuh kabinet yang akan dilantik adalah 29 orang termasuk wakil dari Sabah dan Sarawak.

Pada 11 Mei, Mahathir buat agihan 1-1-1-1 kepada PKR, PAN, PPBM dan DAP. Kemudian pada 18 Mei, Mahathir buat agihan 2-2-2-2-2 kepada senarai kabinet.

Jika dilihat pada baki anggota kabinet yang bakal dilantik iaitu 15 orang, Mahathir dijangka akan membuat perlantikan sama iaitu 3-3-3-3-3 iaitu tiga anggota bagi setiap parti dalam PH termasuk parti Warisan dari Sabah.

Agihan kerusi cara konsep "Malaysian Malaysia", bukan berasaskan keadilan yang saksama. Jika dijumlah semua 29 orang kabinet PH itu ianya akan jadi seperti berikut :

PPBM dapat 7 menteri biarpun hanya menang 12 kerusi sahaja. Dari segi peratusan, PPBM adalah parti yang paling untung iaitu mendapat 58.3% kerusi menteri.

PKR hanya enam jawatan dalam Kabinet memandangkan sekarang mereka sudah ada tiga wakil iaitu Dr Wan Azizah, Menteri Hal Ehwal Ekonomi Azmin Ali dan Menteri Perumahan Dan Kerajaan Tempatan Zuraida Kamaruddin dan akan ditambah lagi tiga.

PKR menang paling banyak iaitu 49 dalam Dewan Rakyat, tapi mereka hanya dapat enam jawatan sahaja iaitu hanya 12.24 peratus sahaja dalam Kabinet Mahathir.

PKR mendapat jumlah jawatan dalam Kabinet yang sama dengan parti PAN pimpinan Menteri Pertahanan yang baru iaitu Mohamad Sabu iaitu enam jawatan. PAN akan mendapat 54.5 peratus jawatan dalam Kabinet yang kedua terbanyak selepas PPBM, biarpun hanya menang 11 kerusi sahaja.

DAP pula dijangka mendapat 7 kerusi daripada 42 kerusi yang mereka menang, dengan peratusan 16.6% sahaja. DAP pun rugi juga. Manakala Warisan dengan 3 kerusi menteri dari 8 kerusi yang mereka menang.

Perkara ini akan mewujudkan rasa tidak puas hati dalam kalangan parti dalam PH kerana pengagihan yang ada unsur tidak adil di situ. Parti yang membenarkan logonya digunakan dan menang paling banyak kerusi hanya dapat sedikit kerusi menteri, hanya 12.24%.

Kali pertama dalam sejarah negara, Ahli Parlimen yang yang partinya ada paling sedikit kerusi dalam Dewan Rakyat boleh jadi Perdana Menteri, dan parti yang paling sedikit kerusi dalam Dewan Rakyat akan dapat jawatan paling banyak dalam Kabinet.

Kerajaan PH ini tidak akan bertahan lama, Rafizi sudah berbunyi dan Anwar Ibrahim sudah berada di luar. Anwar tidak akan biarkan PKR terus berada dalam keadaan rugi dan dibuli begitu sahaja.

Inilah harga yang pengundi PH kena bayar bila buat keputusan yang silap pada 9 Mei lepas. Anak saya yang sudah layak masuk ke perkhidmatan awam pun terpaksa dibekukan pengambilannya.

Menantu pula yang sepatutnya dapat naik gaji Julai ini sudah tidak jadi naik gaji. Saya lagilah, duit BR1M yang Datuk Seri Najib janji RM800 dan akan masuk pada Jun ini dah melayang dah. Menyesal sungguh saya undi PH.

Daripada,
Pengundi PH Yang Menyesal