Sunday, 6 May 2018

Hati-Hati Sandiwara Mahathir Saat Akhir




Setelah berpuluh tahun Allahyarham Fadzil Noor meninggal dunia akhirnya Tun Dr Mahathir Mohamad menziarah kubur beliau petang tadi. Seingat saya ini kali pertama. Mungkin saya silap.
Ramai beranggapan Mahathir terpaksa melakukan _political stunt_ ini kerana beliau terlepas cakap mengutuk mangsa memali.

Hakikat sebenar Mahathir melakukan ini kerana beliau sedang di ambang kekalahan di Langkawi. Kaji selidik BN dan Pakatan sendiri mendapati Mahathir perlu sokongan 2-3 ribu penyokong Pas untuk mengalahkan Barisan Nasional. 

Mungkin Mahathir juga mahu memohon kemaafan kerana takut doa allhayarham Fadzil Noor ke atas dirinya menjadi kenyataan. Mahathir mungkin tidak tahu tiada konsep memohon maaf di kubur.

Mahathir memang terdesak di Langkawi. Jika tidak masakan beliau memohon maaf kerana mengutuk mangsa memali. Sejarah menunjukkan Mahathir memang pantang mengaku salah dan mohon maaf secara terbuka.

Menjelang dua hari terakhir nanti anda akan melihat sandiwara air mata, surat terbuka dan rayuan sedih negarawan bernama Mahathir.

Jangan hairan jika beliau merancang serangan ke atas diri sendiri, merosakkan program malam akhir beliau atau jatuh sakit.

Ingatlah walau apa pun sandiwara Mahathir jangan jadikan simpati faktor menentukan undi anda.

Jika Mahathir boleh berpura-pura tiada di Malaysia semasa tragedi Memali, apatah lagi mementaskan sandiwara lain bagi menang pilihan raya.

Pengalaman saya, Mahathir sanggup menangis depan anda semasa dia terdesak. Namun sebaik dia kembali kuat, anda semacam sampah saja jika mengkritik beliau.
Hati-hati dengan manusia bernama Mahathir.