Saturday, 14 April 2018
Propaganda Kedaulatan Negara Fitnah Kitar Semula Pembangkang
By @MNA at 01:05:00
Propaganda kedaulatan negara dijual kembali lagi, kini dengan peta Semenanjung Malaysia dengan bahagian negara yang kononnya telah dijual kepada komunis China.
Almaklumlah pilihanraya dah nak dekat, maka perlulah mereka kitar semula propaganda bodoh seperti ini.
Tahukah anda negara asing dengan jumlah pelaburan terkumpul paling tinggi dalam Malaysia adalah Singapura dengan jumlah pelaburan RM116.3 billion?
Jumlah terkumpul pelaburan China di Malaysia adalah RM65 billion itu pun termasuk Hong Kong, kalau China mainland sahaja, jumlah pelaburan terkumpul hanyalah RM14.6 billion.
Malaysia menerima pelaburan dari banyak negara asing termasuklah Jepun (RM71.6 billion), Netherlands (RM40.7 billion), USA (RM33.4 billion), Switzerland (RM29.9 billion), Germany (RM24.8 billion) dan United Kingdom (RM19.4 billion).
Ini tak termasuk pelaburan US$7 billion (RM27 billion) yang akan masuk tahun ini iaitu pelaburan dari syarikat minyak Arab Saudi, Aramco.
Takde pulak gerombolan buta ekonomi dan kewangan ni tuduh BN jual kedaulatan negara kepada Jepun, Netherlands, USA dan lain-lain.
Grafik ini pun bermasalah. Contohnya ECRL adalah milik MRL Sdn Bhd syarikat milik penuh Kementerian Kewangan - syarikat CCCC hanyalah kontraktor pembinaan sahaja, Bandar Malaysia tidak dijual kepada siapa-siapa dan masih 100% milik Kementerian Kewangan, MCKIP pula 51% dimiliki oleh konsortium Malaysia yang terdiri daripada Perbadanan Kemajuan Negeri Pahang (PKNP), Sime Darby Property Berhad dan IJM Land Berhad bukannya 100% milik China. Yang lain juga tak tepat dan tak perlulah saya ulas panjang.
Mereka nak menakut-nakutkan rakyat Malaysia kononnya BN menggadaikan negara dan biarkan negara dijajah sedangkan Selangor dan Pulau Pinang juga menghantar delegasi ke China untuk menarik pelaburan setiap tahun malah Pulau Pinang juga ingin meminjam daripada EXIM Bank China untuk membiayai Public Transport Masterplan mereka.
Janganlah percaya grafik bodoh seperti ini. Banyakkanlah membaca, semaklah fakta. Buatlah pilihan yang bijak dalam PRU14 nanti.
Rujukan: Foreign Direct Investment, Position by Block of Countries - BNM: http://www.bnm.gov.my/files/publication/msb/2018/2/xls/3.6.16a.xls