Monday, 19 March 2018
Klinik 1 Malaysia Dinaik Taraf Bukti Kerajaan Perihatin Kepada Rakyat
By @MNA at 14:32:00
Kini sehingga Januari 2018, terdapat 346 K1M di seluruh negara, tidak termasuk 21 K1M yang dinaik taraf kepada Klinik Kesihatan iaitu di 19 Pusat Transformasi Bandar (UTC) seluruh negara.
Di Klinik 1 Malaysia menyediakan rawatan asas, membabitkan rawatan penyakit ringan seperti demam, batuk, selesema selain prosedur rawatan cucian luka, ujian makmal ringkas seperti ujian glukos darah kapilari dan ujian air kencing menggunakan 'urine dipstick.
Rawatan penyakit kronik membabitkan rawatan susulan kes stabil, penyakit kronik dan rawatan kes baru diabetes dan hipertensi turut disediakan di K1M.
Menurut Dr Noor Hisham, perkhidmatan kesihatan ibu dan anak hanya disediakan di K1M terpilih sahaja, berikutan ia memerlukan ruang sesuai bagi tujuan operasi.
Tambahnya lagi dalam usaha menggalakkan kunjungan masyarakat ke K1M, Kementerian Kesihatan sedang melaksanakan perluasan perkhidmatan Pegawai Perubatan secara berperingkat di mana ketika ini terdapat sejumlah 102 K1M yang mempunyai perkhidmatan Pegawai Perubatan.
"Penempatan Pegawai Perubatan di K1M, membabitkan penambahan perjawatan anggota sokongan, khususnya di bahagian farmasi.
Proses berkenaan, perlu dilaksanakan secara berperingkat dan teratur bagi memastikan perkhidmatan terbaik sentiasa dapat disampaikan kepada rakyat.
Kementerian Kesihatan, akan melaksanakan perluasan perkhidmatan Pegawai Perubatan ke semua Klinik 1Malaysia secara berperingkat selaras dengan perancangan untuk lima tahun akan datang.
Selain itu, wujud cadangan untuk memperkukuhkan perkhidmatan Rawatan Penyakit Kronik serta Kesihatan Ibu dan Anak di K1M, yang memerlukan perancangan teliti kerana perluasan perkhidmatan akan babitkan pertambahan ruang premis klinik sedia ada, termasuk pertambahan anggota sokongan klinikal.
Semua itu adalah usaha kerajaan menaikkan taraf K1M yang berpotensi kepada Klinik Kesihatan pada masa hadapan bagi meningkatkan kualiti penjagaan kesihatan primer khususnya untuk golongan terpinggir, iaitu kumpulan sasar perkhidmatan K1M.
Related Posts:
Usaha Memburukkan Najib Telah Membuka Kebaikkan Najib Untuk Rakyat Saksi ke-12, seorang balu kpd bekas setiausaha sulit kpd Datuk Seri Najib Razak menerima 3 keping cek berjumlah RM52, 680 Suaminya meninggal pd Jun 2013 akibat kanser usus tahap 4. Ketika datang melawat… Read More
AKTIVIS MEDIA PRO PEMBANGKANG DIPANGGIL BERI KETERANGAN DEMI KEBENARAN PERJUANGAN TETAP DITERUSKAN Semangat jitu menegakkan keadilan dalam berbicara menerusi Laman Blog tidak akan terpadam walaupun berdepan dengan rintangan dan sekatan dari pihak Pakatan Hancing. Syabas kepada rakan kita iaitu PakDin dan Zapa. Perjuan… Read More
DAN TUHAN MEMBUKA HIJAB Apabila DS Najib Razak tumbang pada 9 Mei, saya sepertimana sebahagian rakyat yang lain berharap akan ada kisah-kisah buruknya yang dapat dibuktikan oleh kerajaan sedia ada. Tetapi setelah hampir setahun, ceritanya… Read More
STAFOC DiBubarkan Di Bawah PH Gangster Ramai Taubat ? Akhirnya Stafoc PDRM dibubarkan dan anggota ditukarkan ke pelbagai unit. Stafoc PDRM Singkatan Stafoc ialah Special Taskforce On Special Organise Crime. Rasanya rakyat pun tau siapa yang suruh bubarkan. Mungkin zama… Read More
Dasar Tahfiz Negara Meningkatkan Syiar Islam Kini Terhenti Tentu ramai sudah tahu, atau masih ada yang belum tahu bahawa Dasar Tahfiz Negara merupakan ilham Najib jika BN menang pada PRU14 namun apakan daya fitnah mengatasi segalanya dan dasar tersebut tidak diteruskan oleh keraj… Read More