Friday, 23 March 2018
Hayat Parti Bunga Hanya Seminggu Saja Lagi
By @MNA at 12:23:00
Lensa Beruang Biru
Parti Pribumi Bersatu Malaysia (PPBM) atau digelar ramai dengan panggilan Parti Bunga tidak akan bertahan lama. Kemungkinan pada 30 Mac ini hayat Parti Bunga ini sudah berada di penghujung jika ia masih gagal mengikut peruntukan undang-undang pertubuhan.
Parti pimpinan Dr Mahathir Mohamad itu berdepan dengan pembatalan pendaftaran oleh Jabatan Pendaftaran Pertubuhan Malaysia (ROS) kerana masih gagal menjawab dan menyerahkan maklumat serta dokumen yang dikehendaki jabatan itu dalam masa 30 hari, berkuatkuasa 28 Februari lalu.
Meskipun keperluan minimum menurut Seksyen 14(3) Akta Pertubuhan adalah tujuh hari bagi memberikan maklum balas, jabatan itu masih bertimbang rasa dengan memberikan masa yang lebih panjang, iaitu 30 hari.
Malangnya, notis-notis yang dipohon oleh RoS itu masih belum diserahkan oleh pemimpin Parti Bunga. Dengan tempoh hanya seminggu sahaja lagi, maka kelihatan sudah hampir pasti Parti Bunga akan dibatalkan pendaftarannya.
Jika pendaftaran Parti Bunga dibatalkan, siapa yang akan untung? Sudah pasti ada yang akan bersimpati kepada parti berkenaan dan menganggap kerajaan kononnya ada agenda tersembunyi, walhal kesalahan sebenar terletak kepada pemimpin parti itu sendiri.
Sedangkan pemimpin tertingginya iaitu Mahathir, pernah menjadi Perdana Menteri selama 22 tahun manakala Muhyiddin Yassin pula pernah menjawat jawatan sebagai Timbalan Perdana Menteri, jadi mustahil kalau mereka tidak tahu tentang peraturan yang ditetapkan ROS ini.
Disebabkan enggan ikut arahan maka mereka menuding jari kepada kerajaan. Apapun bagi Mahathir, beliau tidak kelihatan risau jika pendaftaran Parti Bunga dibatalkan kerana pengerusi Pakatan Harapan (PH) itu pernah menyatakan beliau sedia mempertimbangkan untuk bertanding atas tiket DAP pada pilihan raya umum (PRU) akan datang ini.
Bukan kerana beliau mahu bersara dari politik, tetapi kerana sudah bersiap sedia untuk 'menyalin kulitnya' menjadi sebahagian dari darah daging DAP.
Perkara ini tidak mustahil berlaku. Niat Mahathir membuat 'come back' ke arena politik bukanlah untuk memperjuangkan nasib rakyat. Beliau sekadar mahu melihat anak kesayangannya Mukhriz Mahathir berjaya memanjat kuasa di Putrajaya dengan jalan mudah dan pantas.
Jika Mukhriz berjaya di Putrajaya, adakah harapannya untuk membawa pulang trilion ringgit Malaysia seperti yang didakwa di internet sebelum ini, akan tercapai?. Dakwaan berkenaan bukan satu rahsia lagi. Taip sahaja perkataan `harta Mahathir' dalam internet, bersepah isu berkenaan diperkatakan.
Hanya menunggu Mahathir menjawab sahaja persoalan mengenai kekayaan anak-anaknya itu.
Apabila Mahathir bertanding menggunakan logo DAP, maka lenyaplah sudah segala perjuangan dan doktrinisasi Mahathir selama berpuluh tahun dalam UMNO dulu.
Hilanglah semua kata-kata kecaman beliau terhadap DAP, iaitu satu parti yang dikatakannya sebagai rasis. Hilang sudah dakwaaannya bahawa DAP mahu membina negara sekular di Malaysia.
DAP selepas ini di mata Mahathir adalah sebuah parti paling mulia. Yang pasti, Melayu telah ditipu oleh Mahathir. Beliau hipokrit kerana sanggup bekerjasama dengan DAP.
Beruang Biru
Related Posts:
Bukan 35 Kerusi Sahaja, DAP Yang Tanding Paling Banyak Sebagai sebuah parti yang berangan untuk menguasai negara, nampaknya Parti Pribumi Bersatu Malaysia (PPBM) kini dibuai mimpi-mimpi indah, apatah lagi ia berjaya mendapat 52 kerusi Parlimen dalam pengagihan kerusi oleh Paka… Read More
Najib Ke Taman Syurga, Mahathir Mencari Banduan Penjara. Allah SWT yang muliakan dan angkat seseorang itu menjadi pemimpin. Tanpa izin Allah SWT, usahlah melawan ketentuan takdir. Alhamdulillah, semalam Datuk Seri Najib telah berjaya masuk ke taman syurga, Raudhah di Madinah. Ra… Read More
Undi Barisan Nasional Untuk Kestabilan Negara & Kemakmuran Negara Dalam Akujanji Kerajaan Barisan Nasional, melalui 17 inisiatif dan 156 inisiatif strategik, setakat ini sahaja, kepimpinan Datuk Sri Najib Razak telah berjaya mencapai 97.6 peratus pelaksanaannya. Malah tahun 2018 ini kes… Read More
DAP Masih Ketua, Mahathir Umpan Sahaja Akhirnya seperti yang disebut-sebut, Mahathir Mohamad telah dipilih secara rasmi sebagai calon Perdana Menteri bagi Pakatan Harapan manakala Wan Azizah Wan Ismail pula diumumkan sebagai calon Timbalan Perdana Menteri . Ti… Read More
VAT Arab Saudi : Kos Haji Kekal, Kerajaan Terus Tambah Subsidi Buat Jemaah Haji Mulai 1 Januari 2018, kerajaan Arab Saudi telah memperkenalkan cukai Cukai Nilai Tambah (VAT) dan mengikut logiknya ia akan meningkatkan kos bagi mereka yang akan mengerjakan haji di tanah suci pada tahun ini. Namun muj… Read More