Thursday, 22 February 2018

ROS Digesa Tegas Ambil Tindakan Terhadap PPBM



Kita mengesa Jabatan Pendaftaran Pertubuhan (ROS) mengambil tindakan segera, selain tidak memberi 'keistimewaan' kepada Parti Pribumi Bersatu Malaysia (PPBM) jika terbukti terdapat salah laku dan pelanggaran fasal dalam perlembagaan parti itu yang dikemukakan ahlinya.

Bekas pengasas PPBM, Kamarul Azman Habibur Rahman, pihaknya memberi banyak masa kepada ROS untuk meneliti laporan dikemukakan berhubung dakwaan salah laku dan pelanggaran perlembagaan parti itu yang dikemukakan ahli PPBM.

PPBM parti yang tidak ikut perlembagaan yang ditetapkan. Inilah sebabnya berlaku kucar - kacir dalam parti. Jika PPBM melanggar peraturan, ia tidak boleh dibiarkan begitu saja.

Mana- mana persatuan atau badan politik perlu didaftarkan dan perlu akur dengan perlembagaan digariskan.

"Jangan kerana PPBM ini diketuai Tun Dr Mahathir Mohamad, jadi 'keistimewaan' begitu besar diberi kepada parti ini untuk melanggar perlembagaan ditetapkan dan ini satu ketidakadilan," katanya kepada media di hadapan Kompleks D yang menempatkan ibu pejabat ROS di sini, hari ini.

Sebelum itu, kira-kira 1,000 ahli PPBM berhimpun bagi mendesak ROS mengambil tindakan terhadap parti berkenaan sebelum menyerahkan memorandum kepada ROS yang diterima Pengarah Bahagian Pengurusan Pertubuhan ROS, Mohd Rejab Ramli.

Sementara itu, bekas Exco Pemuda PPBM, Mohd Hafiz Azhar berkata, sekiranya ROS tidak mengambil tindakan terhadap parti itu, pihaknya akan mengadakan perhimpunan di hadapan Pejabat Perdana Menteri dan Timbalan Perdana Menteri.

"Justeru, kami berharap ROS mengambil tindakan segera. Kenapa harus berdiam diri sedangkan beratus laporan sudah dibuat kepada ROS,"