Tuesday, 6 February 2018

Gandingan Sultan Muhammad V Dan Najib Razak Terbaik Buat Malaysia


Semalam Yang di-Pertuan Agong Sultan Muhammad V berkenan mencemar duli berangkat melawat Pejabat Perdana Menteri di Jabatan Perdana Menteri (JPM) di Putrajaya, jabatan kerajaan pertama dilawati baginda sejak menaiki takhta sebagai Ketua Negara tahun lalu.

Dalam sekeping gambar bersama dengan Datuk Seri Najib, Sultan Muhammad V siap tunjuk tanda "thumb up" lagi.

Dalam erti kata lain, baginda menunjukkan bahawa sebagai Ketua Negara, baginda berkenan akan pentadbiran Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak sebagai ketua kerajaan kerana berjaya mentadbir negara dengan baik.

Dalam sejarah negara ini, rasanya belum pernah lagi Seri Paduka Baginda berkenan melawat pejabat seorang Perdana Menteri sebelum ini. Ini menunjukkan gandingan Sultan Muhammad dan Najib adalah yang terbaik untuk negara setakat ini.

Pada lawatan itu, ketibaan baginda disambut oleh Najib dan Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi di Bangunan Perdana Putra, di Putrajaya.

Baginda juga berkenaan mengadakan pertemuan empat dengan Perdana Menteri selama kira-kira 20 minit di pejabat Perdana Menteri di bangunan berkenaan.

Lawatan baginda berlangsung kira-kira seminggu selepas baginda menyampaikan titah pada Istiadat Pengurniaan Darjah Kebesaran, Bintang dan Pingat Hari Wilayah Persekutuan 2018 di Istana Negara pada sambutan Hari Wilayah Persekutuan pada 1 Februari lepas.

Dalam titah ucapan pada 1 Februari itu,

Baginda bertitah bahawa baginda juga yakin dengan langkah kerajaan mementingkan perpaduan biarpun mensasarkan untuk menjadi negara teratas di dunia dalam ekonomi, kesejahteraan rakyat dan inovasi melalui Transformasi Nasional 2050 (TN50).

"Bagi Malaysia yang menyasar untuk menjadi antara negara teratas di tangga dunia dalam ekonomi, kesejahteraan rakyat dan inovasi sosial melalui Transformasi Nasional 2050, faktor persefahaman dan perpaduan dalam kalangan rakyat berbilang kaum, budaya dan agama hendaklah dipupuk secukupnya demi kejayaan negara," titah Tuanku.

Sultan Muhammad ketika dalam satu majlis istiadat sebelum ini pernah menjadi sasaran fitnah pembangkang apabila dikatakan enggan bertemu dengan Najib yang bersedia menyambut baginda bersama Ahmad Zahid di Dataran Parlimen kerana keluar dari arah pintu lain dari kereta rasmi.

Penyokong pakatan pembangkang tidak ada rasa hormat pada Raja Melayu sampai Sultan Muhammad V pun sanggup difitnah sampai begitu sekali.

Pada majlis istiadat pertabalan baginda pada 24 April 2017, Sultan Muhammad menzahirkan penghargaan kepada kerajaan dan Najib serta barisan anggota Kabinet atas sokongan berterusan kepada baginda untuk melaksanakan tugas dan tanggungjawab yang diamanahkan.

"Beta yakin dengan semangat muafakat dan persefahaman yang padu antara kita, Beta akan dapat menunaikan tanggungjawab Beta dengan lebih berkesan, InsyaAllah.

"Beta juga berharap agar Paduka Duli-Duli Yang Maha Mulia Raja-Raja dapat memberi titah, pandangan dan nasihat dalam memastikan Malaysia terus menjunjung kedaulatan Raja Berpelembagaan di tanah bertuah ini," titah Sultan Muhammad V.

Lawatan baginda ke JPM semalam, menunjukkan betapa baginda bersama-sama dengan kerajaan pimpinan Najib dalam satu rangka kerjasama yang erat serta akrab dalam memastikan negara terus maju, membangun, selamat dan berdaulat.

Pembangkang dalam Pakatan Harapan (PH) juga tidak akan ada modal atau senjata lagi hendak cuba mengeruhkan hubungan antara Najib dan Baginda dalam usaha mereka untuk menjatuhkan kerajaan secara tidak demokrasi.

Cukuplah sekali dahulu, pembangkang cuba tipu istana dengan tandatangan palsu kononnya 1.4 juta orang tandatangan memorandum Selamatkan Malaysia.

Malaysia sudah aman dan selamat. Yang tidak selamat dan huru hara adalah pembangkang, yang bergaduh 24 jam berebut kerusi dan kuasa.

Macai pembangkang akan terus cari peluang dan ruang untuk burukkan suasana. Sampai pertikai Datuk Seri Najib kononnya tidak masuk makam Nabi. Teruk sangat politik pembangkang.

Pembangkang berpolitik dengan cara tidak matang. Lebih teruk bila sanggup sabotaj ekonomi. Namun hari ini, hasil kerja bersungguh sungguh kerajaan BN, ringgit jadi makin kukuh dan semalam Bursa Malaysia catat untung bersih tertinggi sejak 2007.

Ini petanda keyakinan pelabur pada pentadbiran kerajaan BN amatlah tinggi. Mereka melabur untuk kerajaan Barisan Nasional pada PRU14. Tahun 2018 adalah Tahun Kejayaan buat semua rakyat Malaysia.

Usah cari gandingan lain untuk negara ini. Gandingan Sultan Muhammad V dan Datuk Seri Najib adalah yang terbaik untuk Malaysia di masa hadapan.


Beruang Biru