Thursday, 11 January 2018

Wan Azizah Yang Jadi TPM Sementara, Sebelum Mahathir Naikkan Mukhriz


Wan Azizah ketika ini sudah mula berbunga-bunga harapan bahawa dia akan dilantik menjadi Timbalan Perdana Menteri sekiranya Pengerusi Pakatan Harapan (PH) Mahathir Mohamad dilantik sebagai Perdana Menteri jika pembangkang menang PRU14.

Harapan itu datang bersama angan-angan bahawa suaminya Anwar Ibrahim akan menjadi Perdana Menteri sebaik terlepas dari larangan bertanding dalam pilihan raya selama lima tahun selepas dibebaskan dari penjara Jun nanti. Apa cerita kalau kesudahannya nanti berbeza dan bukan seperti apa yang Wan Azizah harapkan?

Silap silap satu lagi rekod dunia tercatat iaitu pasangan suami isteri yang pertama berjawatan TPM yang dipecat oleh Mahathir.

Mahathir dah tentu akan lakukan apa sahaja untuk terus kekal sebagai Perdana Menteri bagi melaksanakan rancangan sulitnya menjadikan Mukhriz sebagai Perdana Menteri.

Masa zaman Mahathir jadi Perdana Menteri 22 tahun dari 1981 hingga 2003, bukan seorang yang jadi Timbalannya, tapi empat orang. Semua ada kisah masing masing tetapi yang sama ialah mereka semua tidak mendapat kepercayaan Mahathir. Timbalan Perdana Menteri bawah Mahathir yang pertama ialah Tun Musa Hitam.

Beliau berkhidmat dari tahun 1981 hingga 1986 sebelum digantikan oleh Allahyarham Tun Ghafar Baba. Kerana konflik dengan Mahathir, Musa Hitam letak jawatan pada 1986. Tahan 5 tahun sahaja.

Tahun berikutnya, Ghafar mencabar jawatan Timbalan Presiden UMNO yang Musa sandang dan beliau berjaya menewaskannya.

Tun Ghafar memegang jawatan Timbalan Perdana Menteri dari 10 Mei 1986 hingga 15 Oktober 1993. Tahun 1993, ada persaingan sengit dalam UMNO antara Team Wawasan yang masa itu diketuai Anwar menentang pemimpin UMNO antaranya Ghafar, Tun Abdullah Ahmad Badawi dan Tan Sri Sanusi Junid. Kerana konflik, pada 15 Oktober 1993, Ghafar meletakkan jawatan, dan memberi laluan kepada Anwar.

Tahun 1998, Anwar pun alami nasib sama, berdepan konflik dengan Mahathir. Anwar yang ketagih meliwat kantoi dengan Mahathir. Biarpun Mahathir tiada dalam "bilik itu", tetapi Mahathir tahu serba serbi.

Kemudian Anwar dipecat dari jawatan Timbalan Perdana Menteri pada 1998 dan Mahathir lantik Pak Lah sebagai pengganti.

Tidak lama Pak Lah jadi Perdana Menteri. Mahathir tidak puas hati pula dengan Pak Lah dan lancarkan gerakan untuk jatuhkan Pak Lah. Kerana tekanan pada 2009, Abdullah letak jawatan dan Datuk Seri Najib Tun Razak jadi Perdana Menteri.

Sekarang Mahathir tidak puas hati pula dengan Najib. Mahathir sampai sanggup berkerjasama dengan DAP dan peliwat untuk jatuhkan Najib.

Dengan semua Perdana Menteri, Mahathir bergaduh. Semua orang tidak betul dan tidak kena, dia seorang sahaja yang betul.

Kini, Mamak Kerala ini sudah dinamakan sebagai calon Perdana Menteri jika pembangkang menang PRU14, dan Wan Azizah jadi Timbalan.

Tidak mustahil, sejarah akan berulang. Mahathir "anytime" boleh pecat Wan Azizah bila dia sudah ada kuasa. Semua akan dibuat semata mata hendak lantik Mukhriz ke jawatan TPM dan kemudian mewarisi jawatan PM darinya.

Presiden PPBM, Muhyiddin terima nasib malang apabila pada awal-awal dilantik mengetuai PPBM dan sudah pasang angan-angan bakal dilantik jadi Perdana Menteri, tapi kemudian dalam PPBM ada jawatan Pengerusi pula jawatan di atas Muhyiddin. Terpaksalah Muhyiddin akur dan terpaksa jadi nombor dua sekali lagi.

Mukhriz naik dua kali jawatan dalam PPBM. Masa penaja jadi Bendahari, kemudian terus lompat jadi Timbalan, tanpa sebarang proses pemilihan.

Mahathir akan buat benda sama pada Wan Azizah kalau dia berkuasa. Yang jadi pemanas kerusi sementara sebenarnya bukanlah Mahathir, tetapi Wan Azizah.

Hanya jadi TPM Sementara sahaja. Kesian sungguh. Senario itu akan berlaku kalau PH memerintah Putrajaya. Lebih baik terus kekalkan kerajaan yang sedia ada untuk terus bekerja untuk rakyat.

Buat apa beri pada pembangkang yang gila kuasa ini.


Tulisan :
Beruang Biru
BB735, Khamis
11 Januari 2018