Sunday, 14 January 2018

Tugas Kita Bantu Rakyat Bukan Menghasut Rakyat - Datuk Sham Mat Sahad


Pembangkang tidak seharusnya menghina rakyat yang menerima bantuan daripada kerajaan sekiranya mereka sendiri tidak mampu membantu golongan memerlukan.

Ketua UMNO Bahagian Bagan Serai Datuk Sham Mat Sahat berkata tindakan pembangkang itu adalah tidak wajar kerana rakyat yang susah sememangnya perlu dibantu.

Datuk Sham yang juga Anggota Dewan Undangan Negeri (Adun) Alor Pongsu mengambil contoh pemberian anak ayam menerusi program Titik Sentuhan kepada penduduk kawasan tersebut baru-baru ini yang diperlekehkan oleh pembangkang.

"Kita bagi sumbangan setiap tahun dan janganlah pembangkang memperlekehkan rakyat dengan mengambil kesempatan menghina mereka yang menerima bantuan tersebut.

"Bantuan itu juga bertujuan memberi peluang kepada rakyat menternak ayam. Pembangkang hanya bercakap tetapi tidak membantu rakyat," katanya kepada pemberita selepas program Sumbangan Bantuan Persatuan Beng Huat Seng Seah Bagan Serai kepada 300 fakir miskin di Bagan Serai, semalam. 

Beliau mengulas kenyataan Adun Kuala Kurau Yunus Jamhari yang menyifatkan pemberian 20 ekor anak ayam dan 10 kilogram dedak baru-baru ini sebagai usaha memancing undi menjelang pilihan raya umum ke-14 (PRU14