Tuesday, 30 January 2018
Selepas Kajang & Permatang Pauh, Giliran Orang Bandar Tun Razak Pula Kena Tipu
By Aku Torres at 13:33:00
LENSA BB, Lensa Beruang Biru
Khabar angin sudah tersebar bahawa Presiden PKR, Dr. Wan Azizah Wan Ismail akan bertukar kawasan. Kali ini kerusi Parlimen Bandar Tun Razak pula menjadi sasarannya.
Kerusi berkenaan disandang oleh bekas Menteri Besar Selangor, Abdul Khalid Ibrahim yang menang atas tiket PKR tetapi selepas dipecat, beliau kini adalah seorang Ahli Parlimen bebas.
Jika betullah laporan yang disiarkan oleh sebuah portal pembangkang, Suara Pakatan Harapan itu, maka habislah penduduk di Bandar Tun Razak.
Sudah dua penggal, Khalid Ibrahim menjadi wakil rakyat di parlimen Bandar Tun Razak, namun nilaikan sendirilah berapa kali 44,067 pengundi yang memilih PKR dalam PRU lepas nampak muka ahli parlimen mereka di kawasan? Jarang sama sekali.
Kali ini rakyat Bandar Tun Razak akan kena lagi. Seorang lagi calon import akan dicadangkan PKR di kerusi tersebut.
Calon import itu adalah Wan Azizah, yang kini adalah penyandang kerusi Parlimen Permatang Pauh dan Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Kajang.
Sedangkan di dua kawasan berkenaan pun, banyak rungutan diterima daripada penduduk kerana beliau tidak turun padang. Malah ada yang menyesal kerana mengundi beliau.
Tahun lepas semasa Pulau Pinang dilanda banjir, penduduk di Permatang Pauh sudah merungut kerana Wan Azizah jarang menampakkan batang hidung di kawasan. Wan Azizah lambai tangan sahaja, ambil sahaja gambar semasa banjir lepas kemudian balik.
Begitu juga semasa Kajang dilanda banjir kilat pada 2015. Wan Azizah hilang entah ke mana. Wan Azizah meminta supaya ketiadaannya ketika banjir kilat yang melanda Kajang itu tidak diperbesarkan kerana dia sudah hantar pegawai khas untuk mewakilinya.
Isunya di sini ialah pengundi mahukan wakil rakyat yang mereka pilih, bukannya wakil kepada wakil rakyat tersebut.
Jika benar khabar angin Wan Azizah akan berpindah ke Parlimen Bandar Tun Razak maka beliau akan menjadi wakil rakyat yang kedua paling banyak bertukar kerusi selepas penasihat DAP, Lim Kit Siang.
Kit Siang telah tujuh kali berpindah kawasan pilihan raya iaitu kerusi Parlimen Bandar Melaka (1969–1974), Kota Melaka (1974–1978), Petaling Jaya, Selangor (1978–1982), Kota Melaka (1982–1986), Tanjong, Pulau Pinang (1986–1999), Ipoh Timur, Perak (2004–2013) dan Gelang Patah, Johor (sejak 2013).
Dan kali ini pun ada ura-ura Kit Siang akan bertukar kawasan lagi.
Manakala Wan Azizah pula memenangi kerusi Parlimen Permatang Pauh pada 1999 dan mengekalkannya pada 2004. Pada 2008, beliau sekali lagi menang di kerusi Parlimen Permatang Pauh namun Wan Azizah telah meletak jawatan sebagai Ahli Parlimen di kawasan berkenaan pada 31 Julai 2008 untuk memberi laluan kepada suaminya, Anwar Ibrahim hingga memaksa pilihan raya kecil diadakan.
Tindakan beliau yang melepaskan jawatan demi suaminya ketika itu, telah menyebabkan kecaman ramai kerana Wan Azizah dikatakan menjadi pemanas kerusi sahaja dan mementingkan diri.
Sekarang apa jadi kepada penduduk di Permatang Pauh? Kali ini pula tercetus spekulasi beliau akan berpindah ke Bandar Tun Razak untuk memberi peluang kepada anaknya, sama ada Nurul Izzah atau Nuha untuk bertanding di kerusi Parlimen Permatang Pauh.
Parlimen Bandar Tun Razak juga dikatakan sebagai parlimen `pemanas' dan eksperimen sehingga Anwar dibebaskan dan mendapat pengampunan Diraja.
Jadi kepada penduduk di Bandar Tun Razak, janganlah beri peluang kepada pembangkang lagi pada pilihan raya akan datang. Jika benar bagai dikata, maka penghijrahan Wan Azizah hanya akan membawa kepada `penyesalan' kelak.
Tolaklah mereka yang suka melompat kerusi ini. Bagaimana seseorang wakil rakyat itu boleh berkhidmat dengan baik jika sibuk lompat kerusi. Dua kali cukuplah. Jangan biar ditipu sampai tiga kali mengundi calon yang salah.
Tulisan :
Beruang Biru
BB760, Selasa
30 Januari 2018
Related Posts:
Pertikai Najib Masuk Kaabah, Mukhriz Tiru Perangai Biadap "Tahap Gaban" Bapa BR1M dikata sebagai rasuah, jemaah haji 1MDB dikata sebagai tidak sah haji, orang Bugis dihina, mufti dikata kafir dalam isu Memali dan Hadi Awang juga dianggap kafir. Itulah fatwa fatwa Mahathir sejak berkawan baik… Read More
Satu Demi Satu Institusi Diraja Dihina Pembangkang Kenapalah pembangkang di Malaysia ini suka sangat hendak serang institusi Raja Melayu? Tindakan Ahli Parlimen Pokok Sena, Mahfuz yang memperlekeh dan menghina Sultan Pahang, Sultan Ahmad Shah yang sedang gering sebagai ba… Read More
Ringgit Kukuh Kerana Pentadbiran Najib Bukannya Kerana Pencalonan Mahathir Sejak 2015, bertalu talu Mahathir, Kit Siang, Tony Pua dan Rafizi asyik menyatakan bahawa negara Malaysia ini hendak muflis dan gagal. Mereka kata ringgit lemah dan ekonomi merosot.Tiba tiba semalam, bila dakwaan itu semu… Read More
Hina Orang Jual Nasi Lemak Dan Pemandu Uber, Tanda Mahathir Sudah Terdesak Tidak habis habis hendak menghina orang. Itulah sahaja bahan yang ada pada pembangkang sekarang. Mahfuz hina Sultan Pahang. Mukhriz hina ibadah umrah Datuk Seri Najib. Mahathir hina orang Bugis, hina orang dapat BR1M, hin… Read More
Kajian Politweet Kuatkan Ramalan, Pembangkang Akan Kalah Pada PRU14 Kajian dari Politweet pada 11 Januari 2017, mengesahkan lagi kajian kajian sebelum ini bahawa Barisan Nasional akan terus menang dan mentadbir Putrajaya. Jadi tidak perlulah pembangkang hendak bercita cita hendak jadi PM s… Read More