Thursday, 4 January 2018

Pakatan Pembangkang Sentiasa Tidak Konsisten Dan Lari Kawasan


Pakatan pembangkang yang menggelarkan diri mereka sebagai Pakatan Harapan memang berperangai teruk. Mereka sentiasa tidak konsisten dalam membuat keputusan, sentiasa bergaduh sesama sendiri dan sentiasa lari dari sesuatu kawasan DUN atau parlimen dalam setiap kali pilihan raya.

Lari dari kawasan dan berubah rubah pendirian politik dan dasar adalah tabiat buruk yang sudah sebati dengan pembangkang. Pembangkang menjadi lebih teruk bila hadirnya Mahathir bersama mereka, yang penuh dengan agenda peribadi dan misi kroni. Mahathir pula sering buat pusingan “u-turn” terhadap semua perkara.

Cara pembangkang jauh berbeza dengan cara Barisan Nasional (BN) yang sentiasa ada prinsip yang kuat dalam mentadbir negara. Barisan Nasional mengutamakan “delivery” setiap manifesto dalam PRU lepas kepada rakyat. Barisan Nasional sentiasa menghormati konsep musyawarah dan solidatiri dalam setiap dasar dan keputusan.

Pembangkang hanya guna pakai cara diktator dan melupakan terus apa janji janji mereka yang dahulu kepada rakyat, terutamanya di Pulau Pinang dan Selangor. Banyak janji janji dalam PRU lepas tidak pun dilaksanakan bila mereka mentadbir dua negeri tersebut.

Pembangkang "consistenly inconsistent dan hanya berpakat kerana sebab tertentu sahaja atau "marriage of convenience". 

"Kita berjuang untuk rakyat, saya yakin bahawa kita mempunyai persefahaman lebih jitu dalam BN, sebelah sana (pembangkang), 'only marriage of convenience', kita sentiasa konsisten, tetapi sebelah sana 'consistenly inconsistent," kata Datuk Seri Najib, Pengerusi Barisan Nasional.

Oleh kerana mahu harapkan undi, mereka buat janji manis yang bukan-bukan dan berubah-ubah sampai jadi mengelirukan. Pada 25 Disember 2016, Pengerusi PH, Mahathir kata pemberian Bantuan Rakyat 1Malaysia (BR1M) adalah rasuah dan salah di sisi undang-undang kerana katanya pemberian itu adalah bertujuan membeli undi.

Kemudian pada 15 Januari 2017, beberapa minggu selepas itu Mahathir pusing cerita kata pembangkang setuju teruskan pemberian BR1M jika menang pada PRU14. 

GST pun sama, cakap hendak hapus. Kemudian masa bentangkan bajet alternatif kepada orang ramai menjelang pembentangan Bajet 2018 oleh kerajaan BN pada Oktober 2017, pembangkang kata akan kekalkan GST dengan kadar 0 peratus.

Mereka mengelirukan rakyat dengan perkataan menghapuskan padahal mereka mahukan GST dalam bajet alternatif mereka. BR1M, GST dan soal siapa hendak jadi Perdana Menteri adalah bukti jelas betapa tidak konsistennya pembangkang.

Wakil rakyat pembangkang juga ada satu perangai suka lari kawasan dalam setiap kali pilihanraya. “Bapa Lari Kawasan” adalah Lim Kit Siang, sudah 8 tempat berlainan dia sudah lari. Dalam pilihanraya akan datang, dengarnya hendak lari lagi ke Alor Setar pula.

Terbaru, Azmin Ali pun mahu tiru cara Kit Siang ini juga. Azmin Ali sudah berkira-kira hendak bertanding di Parlimen Shah Alam. Mahu tinggalkan Gombak. Nampak sangatlah Azmin tidak jaga langsung pengundi di Gombak, kalau sudah jadi MB kenapa takut dan lari lagi dari kawasan asal? Mesti ada masalah besar.

Turut sama hendak lari bersama Azmin adalah ‘Mak Lampir’ atau nama sebenarnya Zuraida Kamaruddin, Ahli Parlimen PKR Ampang sekarang ini. ‘Mak Lampir’ hendak lari bertanding di Hulu Langat. Kes skandalnya memiliki beberapa buah kenderaaan mewah, kes Adam Rosli dan tidak jaga kawasan membuat ‘Mak Lampir’ takut bertanding lagi di Ampang.

Anak Anwar Ibrahim, Nurul Izzah juga nampaknya hendak lari kawasan. Mahu lari dari Lembah Pantai untuk bertanding di Permatang Pauh. Mak dia pun hendak lari khabarnya dari DUN Kajang, mahu bertanding di DUN Penanti. Wan Azizah dah mula berangan hendak jadi Ketua Menteri Pulau Pinang pula gantikan Guan Eng yang dijangka kena kes rasuah pada 14 Januari nanti.

Mahathir pun sama, hendak lari kawasan juga pada PRU14. Katanya tidak berani lagi bertanding di Kubang Pasu. Hendak bertanding tempat lain, Mahathir tahu dia menang dulu bukan sebab diri dia tetapi sebab sokongan parti UMNO. Bila lawan UMNO, orang UMNO akan lawan balik Mahathir.

Lebih lebih lagi bila Mahathir sudah duduk sama dengan DAP dan Anwar Ibrahim. Lagi ramai orang marah. Lebih teruk bila sanggup jadi PM sementara untuk jadi boneka DAP semata mata.

Mukhriz pun akan lari dari Jerlun. Sama juga dengan Muhyiddin. Inilah perangai pembangkang, mereka akan lari kawasan bila terlalu banyak sangat isu atau tidak hiraukan rakyat di kawasan. Buat janji pula di tempat baru, kemudian bila jadi ‘taik’ tinggal pula tempat itu dan lari tempat lain pula. Itulah kitaran hidup wakil rakyat pembangkang.

Organisasi pembangkang pun masih kelam kabut. Ada sampai empat orang nakhoda iaitu Penasihat, Ketua Umum, Pengerusi dan Presiden. Hanya mampu putuskan siapa jadi PM sementara sahaja, bukannya jawatan PM yang kekal. Belum lagi dikira siapa bakal kabinet bayangan. Huru haranya pembangkang.

Logo PH pun belum siap. Mesyuarat cawangan pun tidak boleh buat. Pemiliihan CEC DAP pun tipu undi dan perwakilan. Inilah rupa dan wajah pembangkang di Malaysia, sentiasa tidak konsisten dan suka lari kawasan.

Tulisan :
Beruang Biru
BB725, Khamis
4 Januari 2018