Saturday, 6 January 2018
Kerosakkan Sepanjang 22 Tahun Perlu Dinilai Sebelum Fikir Mahu Jadi PM
By @MNA at 16:36:00
Jika ada niat mahu melihat Tun Dr. Mahathir Mohamad kembali menjadi Perdana Menteri, rakyat terlebih dahulu perlu mengkaji dan menilai ‘kerosakan’ yang dilakukan oleh dia sepanjang 22 tahun menjadi Perdana Menteri.
Perpecahan akibat penyingkiran beberapa Timbalan Perdana Menteri, penggunaan undang-undang untuk melindungi kroni dan menentang musuh politik merupakan antara legasi beliau yang telah menjejaskan negara dan rakyat hingga ke hari ini.
“Semua kesilapan yang berlaku pastinya akan dipersalahkan kepada orang lain, bukan diri sendiri. Beliau sering memberi alasan tidak tahu dan terlupa apabila ditanya pelbagai tuduhan yang dikaitkan dengan dirinya.
“Sungguh menggelikan hati apabila melihat Dr. Mahathir bercakap mengenai kebebasan bersuara, hak berpolitik, sistem demokrasi dan antirasuah sedangkan selama 22 tahun berkuasa dahulu, apa yang beliau
Ini antara beberapa tokoh pemimpin Melayu seperti Tun Musa Hitam, Allahyarham Tun Abdul Ghafar Baba dan Tun Abdullah Ahmad Badawi terpaksa melepaskan jawatan masing-masing akibat ‘kerakusan’ Dr. Mahathir selain Datuk Seri Anwar Ibrahim yang dipecat.
Antara kerosakan lain ialah penggunaan Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA) untuk menahan tanpa bicara musuh politik, Akta Rahsia Rasmi (OSA) untuk menyekat penyebaran dokumen perjanjian yang menguntungkan kroni dan penganugerahan projek kepada kroni sehingga kekayaan negara berpusing dalam kalangan jutawan seperti Vincent Tan, Robert Kuok dan Ananda Krishnan.
Setelah puas memusnahkan institusi negara, kini Tun Mahathir mahu kembali memerintah Malaysia dan Pakatan Harapan sangat terdesak untuk menawan Putrajaya sehingga tidak sedar mereka sedang dipergunakan dan diperbodohkan oleh Dr. Mahathir
Dr. Mahathir kerap menyerang Pas, Ini bukan sesuatu yang mengejutkan kerana hanya parti Islam itu sahaja yang tidak dapat dipermain-mainkan.
Jangan terkejut apabila Dr. Mahathir menyerang dan memfitnah Pas kerana parti tidak mengikut selera dan kehendak nafsu beliau.
Dr. Mahathir sepatutnya bercermin diri, adakah rakyat sudah lupa dengan pengkhianatan amanah yang dilakukan olehnya selama 22 tahun memerintah.
Usia yang berbaki sepatutnya digunakan kearah yang lebih berfaedah. Usah melalak menambahkan kerosakkan.
Related Posts:
Najib Tetap Utuh Biarpun Dilanda Badai Besar Benarlah laporan satu agensi media iaitu South China Morning Post (South China), yang berpangkalan di Hong Kong yang mengatakan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak umpama "big bank", terlalu besar untuk gagal.South Ch… Read More
Lakar Semula Sejarah Sebenar - Zahid Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi berkata, sejarah perlu dilakar semula menggunakan fakta sebenar dan bukan sekadar mengikut perspektif penulis yang mahu menjadikan tokoh tertentu sebagai wira. Timbalan Perdana Menteri ber… Read More
Kenapa Kita Perlu Bersatu Pertahankan Negara Dari Ancaman Korea Utara... Tindakan Korea Utara tidak membenarkan 11 warga Malaysia keluar dari republik itu adalah satu perbuatan kejam dan tidak berperikemanusiaan. Sudah tiba di lapangan terbang untuk pulang, kemudian mereka dihalang oleh rejim … Read More
Malaysia Tetap Berjaga-jaga Jika Diancam Korea Utara - TPM Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi menegaskan keperluan untuk meletakkan Malaysia dalam keadaan berjaga-jaga bergantung kepada ancaman daripada Korea Utara.Ahmad Zahid yang juga Menteri Dalam Negeri per… Read More
Pemohonan BR1M Yang Gagal Perlu Kemukakan Rayuan Untuk Tindakan Segera LHDN Berita baik kepada rakyat Malaysia yang memohon BR1M baru-baru ini yang mengeluh tidak menerima bantuan tersebut pada tahun ini sedangkan mereka menerimanya pada tahun lepas pasti lega apabila Menteri Kewangan ke-2 membu… Read More