Thursday, 28 December 2017

Tanah TRX Tak Sama Dengan Tanah Di Johor Yang Mahathir Dah Gadai

Image result for mahathir jul tanah pada singapura

Dakwaan pembangkang bahawa status tanah dalam lingkungan Tun Razak Exchange (TRX) sudah tergadai kepada negara asing adalah tidak benar dan tidak berasas kerana ia dibangunkan atas tanah milik penuh negara Malaysia yang berdaulat.

Hanya kerana banyak syarikat asing melabur di atas tanah tersebut tidak bermaksud ia sudah menjadi milik asing.

Jangan samakan tanah di kawasan itu dengan tanah yang telah digadai oleh bekas Perdana Menteri Mahathir Mohamad pada 24 November 1990 apabila memeterai perjanjian untuk membenarkan Singapura untuk mengambil alih tanah di Johor seluas 54,000 ekar (216 km persegi) untuk membina empangan di Sungai Linggiu seperti didedahkan penganalisis politik Lim Sian See baru-baru ini.

Dalam pendedahan itu, Singapura dikatakan hanya perlu bayar RM320 juta ganti rugi kerana permanent loss of use of the land, premium tanah RM388 juta dan sewa tahunan RM30 untuk setiap 1,000 kaki persegi. Di bawah perjanjian ini, Singapura turut dibenarkan untuk mengambil air tanpa had dari Malaysia.

Kalau dibuat perbandingan antara 54,000 ekar yang diserah Mahathir kepada Singapura, dengan Menara Exchange yang dibina hasil pelaburan anak syarikat Mulia Group dari Indonesia, kecil sangat bezanya.  Tanah 54,000 ekar itu sudah jadi milik kekal asing sementara pemilikan tanah di TRX tempat Menara berkenaan dibina, langsung tidak berubah, masih milik kita.

Tuduhan Pakatan Harapan (PH) dan penyokong mereka konon tanah di TRX sudah dimiliki oleh pihak asing ini sebenarnya hanyalah bersifat politik semata-mata.  Jika kita semua masih ingat, pada peringkat awal dahulu Pakatan juga yang menuduh tanah TRX gagal mendapat sambutan pelabur dan pembangunan yang dijalankan di atas tanah tersebut hanyalah khayalan semata-mata.

Sekarang bila terbukti pembangunan di atas tanah itu bukanlah khayalan tapi memang benar-benar berlaku termasuk pembinaan Menara yang mengatasi ketinggian Menara kebanggaan Mahathir - KLCC, Pakatan mengubah “pintu gol mereka” (shifting the goal post).

Jelas, semua dakwaan Pakatan bahawa kerajaan hari ini menggadai tanah kepada pihak asing seperti yang didakwa berlaku di TRX, hanya untuk mengalih perhatian rakyat daripada tindakan Mahathir menggadai beribu-ribu tanah Johor kepada Singapura tahun 1990 yang dulu.

Pakatan tahu lambat laun perkara ini akan terdedah dan mereka melakukan apa yang dikenali sebagai teknik pre-emptive strike dengan membuat pelbagai dakwaan tidak berasas seperti ini untuk mencipta persepsi salah di kalangan rakyat demi melindungi Mahathir.    Tidak hairan kenapa kita lihat bukan sahaja tanah di TRX yang jadi sasaran tapi pembangunan di Forest City Johor, taman perindustrian di Kuantan dan sebagainya turutr menjadi mangsa.

Maklum sajalah, ‘bangkai’ yang nak ditutup ni bukan kecil, tapi 54,000 ekar luasnya

Apatah lagi penggadaian tanah di Johor ini turut melibatkan orang kanan Mahathir, Muhyiddin Yassin yang pada ketika itu adalah Menteri Besar Johor.  Muhyiddin sebelum ini mendakwa, sepanjang dia menjadi Menteri Besar, tidak ada seinci tanah Johor yang digadai kepada pihak asing.

Benar apa yang Muhyiddin cakap, bukan seinci cuma 54,000 ekar!!

Beruang Biru
BB717, Khamis
28 Disember 2017