Kementerian Pendidikan tidak menghalang jika warga pendidik mahu berhimpun bagi memberi sokongan kepada rakan mereka, ‘Cikgu Azizan’ yang dijangka dihadapkan ke mahkamah, esok.
Menterinya, Datuk Seri Mahdzir Khalid, berkata kehadiran guru ke mahkamah adalah hak individu dan peribadi mereka yang tidak bersangkutan dalam sebarang pelanggaran etika guru atau sebagainya.
“Sekiranya guru mahu berhimpun atau pergi ke mahkamah untuk beri sokongan kepada rakan mereka, itu hak mereka, ia membabitkan emosi manusia secara umumnya.
“Contohnya jika ada seorang penduduk kampung kita dihadapkan ke mahkamah, saya pasti orang kampung akan ke sana.
“Begitu juga jika ada ahli keluarga kita dibawa ke mahkamah, ahli keluarga dan saudara mara akan hadir,” katanya kepada media ketika hadir di Program WOW Hari Keluarga Wanita UMNO Padang Terap di Dataran Tepi Sungai hari ini.
Mahdzir berkata demikian ketika diminta mengulas mengenai lebih 200 guru akan memberi sokongan kepada rakan mereka dikenali Cikgu Azizan, yang bakal menghadapi perbicaraan kerana didakwa mencederakan muridnya di Mahkamah Majistret, Seremban, Negeri Sembilan, esok.
Mengikut laman web www.pendidik2u.my, Cikgu Azizan ditahan selepas menampar muridnya atas kesalahan menghidu gam dan mempengaruhi tiga lagi rakan lain untuk melakukan pebuatan itu, buli, memukul dan ponteng sekolah dengan memanjat pagar.
Sebutan kes diadakan pada 31 Oktober lalu diikuti 27 November bagi penyerahan dokumen pertuduhan, manakala 19 Disember adalah perbicaraan kes.
Cikgu Azizan berdepan dengan pendakwaan mengikut Seksyen 323 Kanun Keseksaan dan sabit kesalahan, boleh dipenjara setahun atau denda RM2,000 atau kedua-duanya sekali.
Mengulas lanjut, Mahzdir berkata, beliau tidak akan memberi komen mengenai kes Cikgu Azizan kerana ia sudah dibawa ke mahkamah.
“Kita serahkan kepada mahkamah untuk membuat keputusan, ini adalah kes pertama bagi kementerian,” katanya.
Dalam pada itu, mengenai tindakan seorang guru di Miri yang memuat naik status menghina umat Islam, Mahdzir menasihatkan golongan itu agar tidak memberi sebarang komen keterlaluan sehingga menyentuh sensitiviti kepelbagaian kaum dan agama di negara ini.
Katanya, beliau sudah membaca laporan terbabit dan mendapati komen guru itu sudah berlebihan.
“Terserah kepada polis dan Kementerian Komunikasi dan Multimedia Malaysia untuk melakukan siasatan dan mengambil tindakan.
“Sebagai guru, kalau nak tulis sesuatu dan mahu tularkan ia, jagalah sensitiviti orang lain, jangan kita dianggap sebagai anti kepada sesuatu yang lain, ini akan menyusahkan ramai orang,” katanya.