Wednesday, 6 December 2017

Jauhi Sikap 'Personal Glory' - Zahid


Naib Presiden UMNO,  Ahmad Zahid Hamidi mengingatkan setiap ahli parti supaya menjauhi sikap buruk seperti mencari ‘personal glory’.

Zahid yang turut menjalankan tugas-tugas Timbalan Presiden menyeru ahli parti keramat orang Melayu itu supaya bekerja sebagai satu pasukan yang mantap menjelang PRU14 tahun hadapan. 

“Saya mengajak seluruh kepimpinan pergerakan UMNO agar akur dengan keputusan Datuk Seri Presiden (Najib Razak) dalam menentukan siapa sahaja calon yang akan dipilih nanti.

“Biarlah kita sepakat dan akur sepenuhnya dengan keputusan Datuk Seri Presiden parti. Kita perlu menghayati konsep ‘Jiwa Jama’ie. Belajar menerima kelebihan dan kekurangan orang lain serta menyantuni setiap perbezaan,” katanya.
Zahid berucap  merasmikan Persidangan Sayap-Sayap Pergerakan Wanita, Pemuda dan Puteri UMNO di PWTC. 

#PAU2017 #NajibRazak #PRU14