Friday, 22 December 2017

Himpunan Putih Solidariti Nyatakan Suara Malaysia.


Masyarakat Islam di negara ini perlu bersatu padu menentang sebarang tindakan pencerobohan terhadap Baitulmuqaddis, 
Sokongan seumpama itu sebagai tanda bahawa rakyat negara ini tidak berdiam diri atas tindakan yang merupakan suatu penindasan terhadap umat Islam di sana kata Pengerusi Lembaga Pemegang Amanah Yayasan Kebajikan Negara (YKN) Tan Sri Shahrizat Abdul Jalil.

Kta rakyat Malaysia perlu bersatu untuk menegakkan kebenaran. Kita perlu pastikan Baitulmuqaddis tidak diceroboh dalam pelbagai cara. 

Datuk Shahrizat berkata demikian ketika diminta mengulas Himpunan Putih Solidariti Selamatkan Baitulmuqaddis yang diadakan di Masjid Putra, Putrajaya, hari ini bagi memberi sokongan terhadap isu Baitulmuqaddis.