Saturday, 25 November 2017
Perkasa Agenda Melayu Bukan Perjuangan Perkauman - Zahid
By Aku Torres at 19:39:00
Perjuangan Gabungan Pelajar Melayu Semenanjung (GPMS) dalam memperkasakan agenda Melayu khususnya pendidikan tidak seharusnya disalah anggap sebagai tindakan rasisme, assabiyah mahupun perkauman, kata Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi.
Timbalan Perdana Menteri menegaskan usaha memperjuangkan agenda Melayu dalam kemajmukan bangsa di negara ini bukan bererti wujudnya kebencian mendalam terhadap orang bukan Melayu dan kepentingan mereka.
Beliau berkata, GPMS yang ditubuhkan sejak 1948 bukan hanya wadah untuk merealisasikan misi bagi memacu sektor pendidikan dalam kalangan orang Melayu, sebaliknya badan itu menjadi satu pemangkin utama untuk memperkasakan agenda Melayu tanpa mengetepikan masyarakat majmuk di negara ini.
"Kemajmukan bangsa di negara kita adalah suatu yang tidak dapat dielakkan, namun prinsip perjuangan pelajar Melayu dan orang Melayu jangan disalah anggap bahawa berlaku rasisme, assabiyah atau perkauman dalam GPMS.
"Menterjemahkan agenda pendidikan Melayu bukan bererti GPMS mahu membenci sistem pendidikan lain," katanya ketika merasmikan Persidangan Agung Tahunan GPMS Ke-63 di Kompleks Tabung Haji Kelana Jaya, di sini, hari ini.
Ahmad Zahid yang juga Menteri Dalam Negeri berkata, walaupun perbezaan pendapat perlu diraikan dan dihormati, ia perlu ada prinsip jelas untuk menanganinya.
"Mana boleh Perlembagaan Persekutuan, undang-undang, prinsip asas kepada keindukan negara ini dicabar, ini bukan soal menggunakan (menguatkuasakan) undang-undang... penguatkuasaan undang-undang boleh dibuat tetapi ia hanya akan menempelak kita semula, apabila undang-undang digunakan sepenuhnya, apabila penangkapan dilakukan, simpati akan berpihak pada mereka," katanya.
Beliau turut membangkitkan perpecahan dalam kalangan masyarakat Melayu akibat perbezaan ideologi politik.
"Kalau kita ketinggalan, apakah makna suara majoriti, tetapi kita dipetak-petakkan dengan perbezaan pendapat yang tidak ditangani sebaiknya.
"Apa maknanya ketuanan jika rumah kita, lantai dinding dan bumbung bocor, tiang seri dimakan anai-anai. Kalau mahu keindukan kita dihormati, tiang seri mesti terus kukuh, lantai dan bumbung tidak berlubang yang boleh diintai dari luar dan bumbung tidak bocor," katanya.
Timbalan Perdana Menteri turut mengingatkan orang Melayu supaya sentiasa menghormati budaya dan agama bangsa lain jika mahukan penghormatan daripada bangsa lain.
"Jangan pernah menyanggah kaum lain, agama lain, budaya, bahasa lain, saya yakin kita akan dihormati jika kita memperkukuhkan sektor pendidikan yang menjadi faktor utama dalam mewujudkan mobiliti sosial dalam pelbagai sektor," katanya.
Related Posts:
DAP baru nak pertahankan Guan Eng 25 MAC: Selepas seminggu lebih Lim Guan Eng diselubungi skandal hartanah pembelian rumah banglo dan tanah Taman Manggis, akhirnya DAP mula mempertahankan Guan Eng. Tapi yang menjadi persoalan kenapa lebih semin… Read More
Bolehkah Doktor Gigi Khir Toyo Guna Alasan Sama Seperti Akauntan Lim Guan Eng? #LGErasuah Datuk Abdul Rahman Dahlan membidas seorang Ahli Parlimen DAP yang menegaskan bahawa Ketua Menteri Pulau Pinang, Lim Guan Eng tidak mengetahui harga pasaran bagi banglonya kerana beliau seorang akauntan dan bukannya juru… Read More
Kerajaan Pusat Dan Negeri Seiring Bangunkan Malaysia Dan Sarawak - Najib Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak beramah mesra dengan warga Sibu pada majlis bersama warga emas Sokongan kepada Barisan Nasional (BN) merupakan pilihan terbaik kerana kerajaan pusat dan negeri bersama-sama mem… Read More
Tun Abdullah Ahmad Badawi penasihat Petronas menggantikan Tun Mahathir KUALA LUMPUR, 25 Mac – Kabinet hari ini bersetuju dengan pelantikan bekas Perdana Menteri Tun Abdullah Ahmad Badawi sebagai Penasihat Petroliam Nasional Berhad (Petronas) yang baharu, berkuat kuasa 1 April ini. Perdana Me… Read More
Jika Lim Guan Eng Telus, Sidang Parlimen Adalah Tempat Terbaik Untuk Menafikan Tuduhan Tidak perlulah menjadikan dewan rakyat sebagai medan pertempuran untuk menafikan dakwaan yang dibuat oleh rakyat. Guan Eng seharusnya bersikap profesional dengan memberikan jawapan kepada setiap pertanyaan dibuat ke… Read More