Sunday, 26 November 2017
Peranan Isteri Bantu Kejayaan Pemimpin
By @MNA at 09:57:00
Peranan besar yang dimainkan oleh isteri berupaya memberi impak kepada kejayaan, kesejahteraan dan keberkesanan seseorang pemimpin.
Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak berkata, peranan penting dimainkan seorang isteri yang menjadi teman sejati dan penghibur hati seseorang pemimpin itu begitu besar maknanya.
Sekiranya isteri dapat membantu kita menguruskan rumah tangga dengan baik, memahami tugas kita, menenangkan hati dan jiwa kita, saya yakin setiap wakil rakyat Barisan Nasional (BN) akan lebih berjaya.
"Bab ini kita kenalah bagi perhatian supaya suami dapat jalankan tugas dengan begitu baik sekali lebih-lebih lagi dah dekat nak raya (pilihan raya) ni," katanya.
Beliau berkata demikian ketika berucap pada majlis Makan Malam Penutup Program Tahunan Isteri Wakil-wakil Rakyat Barisan Nasional Semalaysia (PTIWRBNM) di Hotel Equatorial, Banda Hilir, di sini malam tadi.
Yang turut hadir isterinya, Datin Seri Rosmah Mansor; Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi dan Ketua Menteri, Datuk Seri Idris Haron.
Jelas Najib, beliau percaya dengan sokongan padu serta kerjasama baik daripada pihak isteri, kerajaan BN akan bergerak lebih laju dan lebih gigih.
Katanya, segala ilmu yang diperolehi boleh digunakan untuk menjadi pengantara antara pihak kerajaan dan rakyat.
"Kepada kumpulan-kumpulan yang mungkin jika isteri kita mainkan peranan ia lebih meresap pengaruhnya berbanding jika kita yang melakukannya.
"Misalnya ada persatuan ibu tunggal dan anak yatim atau sewaktu berlaku musibah di kawasan kita, kalau isteri turun bersama atas nama badan kebajikannya melakukan kerja amal dan pendekatan mesra rakyat, saya percaya sumbangan itu cukup besar nilainya kepada kerajaan BN," ujarnya. - Utusan Online
Related Posts:
Adakah Anwar Tak Restui Mahathir Calon PM? - Rizal Mansor Selepas 10 hari gabungan pembangkang menamakan Tun Dr Mahathir Mohamad sebagai calon perdana menteri, Ketua Umum Pakatan Harapan, Datuk Seri Anwar Ibrahim masih gagal mengeluarkan sebarang kenyataan, Mengulas perkara i… Read More
Pindaan Akta POCA Berkuatkuasa Esok - TPM Zahid Akta Pencegahan Jenayah (Pindaan) 2017 (POCA) berkuat kuasa esok.Timbalan Perdana Menteri, YAB Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi berkata pindaan kepada Akta Pencegahan Jenayah 1959 (Akta 297) bertujuan untuk memperkemaskan p… Read More
ANWAR TAHANAN POLITIK? KEGILAAN APAKAH INI? Lama juga saya tak menulis kerana fokus dengan Jelajah Memahami Dasar Ekonomi Negara yang saya gerakkan sejak awal tahun ini dibawah Kementerian Kewangan (MOFCOMMS). Namun apabila membaca kenyataan bersama yang dibuat o… Read More
Perdana Menteri Terima Anugerah Tertinggi Bahrain, Bukti Semua Dakwaan Pembangkang Karut Datuk Seri Najib Tun Razak menerima anugerah ‘King Hamad Order for Development’ daripada Raja Bahrain, Raja Hamad Isa Al Khalifa, hari ini. Anugerah berkenaan merupakan anugerah tertinggi yang dikurniakan oleh kerajaan Bah… Read More
Bercita Cita Jadi Perdana Menteri, Bukti Jelas DAP Ketua Sebenar Pembangkang Sampai sekarang soal siapa yang bakal jadi calon PM, TPM dan barisan kabinet bayangan pembangkang masih lagi belum selesai. Nama sahaja pakatan tetapi mereka sebenarnya tidak berpakat pun. Minggu lepas cakap Mahat… Read More