Wednesday, 15 November 2017

Layak Memohon Walaupun Potongan Pinjaman Lebih 60 Peratus


Ketua Setiausaha Negara, Tan Sri Dr Ali Hamsa, berkata ia susulan pengecualian diberikan bagi pinjaman perumahan oleh penjawat awam meskipun potongan pinjaman mereka melepasi 60 peratus daripada pendapatan bersih mereka.

Kakitangan awam kini layak memohon pinjaman perumahan meskipun pengiraan potongan pinjaman perumahan menyebabkan pendapatan bersih mereka kurang daripada 40 peratus.
Pengecualian itu diberikan bagi menggalakkan pemilikan rumah dalam kalangan kakitangan awam memandangkan rumah adalah keperluan asas.
Ia (pengecualian) berkuat kuasa serta merta,

Beliau berkata demikian bagi mengulas mengenai surat pekeliling pengecualian potongan pinjaman perumahan bagi pengiraan pendapatan bersih penjawat awam yang disiarkan di laman Facebooknya.

Ali ditemui selepas melancarkan Laporan Mempertingkatkan Prestasi Sektor Awam: Pengalaman Malaysia dengan Mentranformasi Pentadbiran Tanah yang dikeluarkan Bank Dunia, di sini, hari ini.

Hadir sama, Pengurus Negara Hab Penyelidikan dan Pengetahuan Global Kumpulan Bank Dunia, Faris Hadad-Zervos



Related Posts: