Saturday, 21 October 2017

Kapten Izham Mampu Pulihkan MAS Untuk Lebih Berdaya Saing Dan Maju - Najib


Perlantikan Kapten Izham Ismail sebagai Pengarah Eksekutif dan Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan (GCEO) Malaysia Airlines Bhd (MAB) akan membantu usaha membawa syarikat penerbangan itu ke arah kegemilangan .

Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak melahirkan keyakinannya menerusi catatan di laman rasmi Twitternya berkata MAB adalah syarikat membawa imej dan jenama negara di seluruh pelusuk dunia

“Selamat maju jaya buat Kapten Izham Ismail, saya yakin beliau akan teruskan usaha pulihkan MAS agar kembali berdaya saing, kukuh dan menguntungkan,”

Terdahulu MAB dalam satu kenyataan semalam berkata Izham akan menyandang jawatan GCEO pada 1 Disember depan, selepas perletakan jawatan Peter Bellew yang kini diletakkan di bawah cuti pentadbiran.

Sementara itu, Bellew dilaporkan memandang tinggi reputasi Kapten Izham Ismail yang menggantikannya.

Peter Bellew, dalam catatan di laman Instagramnya berkata Izham akan menjadi ‘pemimpin unggul’ bagi Malaysia Airlines