Saturday, 28 October 2017
Insentif Bajet 2018 Dorong Penjawat Awam Mantapkan Perkhidmatan
By @MNA at 17:59:00
Pemberian pelbagai insentif kepada penjawat awam menerusi Bajet 2018 wajar menjadi pendorong kepada 1.6 juta kakitangan kerajaan untuk meningkatkan penyampaian perkhidmatan.
Ketua Setiausaha Negara, Tan Sri Dr Ali Hamsa, berkata tanggungjawab penjawat awam untuk melaksanakan program di bawah Bajet 2018 dengan kadar segera, lancar tanpa masalah dan juga kepincangan.
Penyampaian itu menjadi Petunjuk Prestasi Utama (KPI) untuk semua ketua pengarah di jabatan dan agensi dalam perkhidmatan kerajaan dan beliau sendiri akan memantau pelaksanaan projek dan program di bawah Bajet 2018 ini.
Saya juga mahu penjawat awam meningkatkan dorongan mereka. Kita mahukan penjawat awam ada 'roh' dalam melaksanakan sesuatu projek. Seolah-olah ia adalah projek kita sendiri.
"Macam kita nak bina rumah sendiri. Pastinya kita akan pastikan tidak ada kepincangan, begitu juga perkhidmatan setiap kakitangan awam bila melaksanakan segala projek kerajaan sama ada pembinaan sekolah, hospital, klinik dan sebagainya.
"Mesti dijalankan dengan seikhlas yang mungkin serta pastikan semua pihak menjalankannya secara profesional, sama ada yang membangunkan projek atau pihak yang memantau pelaksanaannya," katanya.
Menerusi Bajet 2018 dibentangkan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak semalam, antara pemberian insentif dan penambahbaikan skim perkhidmatan awam termasuklah kenaikan pangkat berasaskan masa kali kedua untuk Kumpulan Pelaksana, Waktu Kerja Fleksi bagi pakar perubatan, penambahan Waktu Kerja Berperingkat, pemberian Cuti Tanpa Rekod untuk menunaikan umrah dan peningkatan pencen terendah kepada RM1,000 untuk mereka yang berkhidmat sekurang-kurangnya 25 tahun.
Selain itu, turut diberi Bantuan Khas Kewangan sebanyak RM1,500 bagi penjawat awam yang akan dibayar pada Januari 2018 sebanyak RM1,000 dan RM500 bersempena Aidilfitri. Pesara juga tidak ketinggalan menikmati RM750, dengan RM500 dibayar pada Januari 2018 dan selebihnya menjelang Aidilfitri tahun depan.
Mengulas mengenai penambahan satu lagi waktu kerja berperingkat-peringkat, iaitu bermula jam 9 pagi hingga 6 petang, ianya terpulang kepada kakitangan kerajaan untuk membuat pilihan waktu bekerja mereka.
"Penambahan ini satu langkah yang baik kerana waktu pagi pastinya ada yang sibuk hendak menguruskan anak, hantar ke sekolah. Jadi mereka boleh pilih untuk masuk jam 9 pagi.
"Tetapi, ada perkhidmatan tertentu yang kena ikut keperluan contohnya di hospital. Mungkin ada keperluan untuk ikut shif tertentu. Jadi penjawat awam akan dimaklumkan dan mereka boleh membuat pilihan waktu kerja," katanya.
Related Posts:
Israel Datang Program PBB Kecoh, Israel Bagi Derma Pada DAP Tak Kecoh Apabila ada sekumpulan diplomat dari Israel hadir ke Malaysia untuk hadir ke satu program Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB), penyokong pembangkang mula kecoh dan kritik kerajaan dengan mendakwa kerajaan kononnya memih… Read More
Rumah Rakyat Dibatal, Pasukan Bola Disuruh Main Atas Padang Pasir Patutlah PAN gelar Azmin sebagai badut. Bagi kenyataan pasal bola untuk tidak cerdik dan melalut. Entah apa lah yang disorok di Stadium Shah Alam itu sampai takut sangat hendak bagi pasukan bola guna. Projek rumah murah u… Read More
Kerajaan BN Untuk Orang Muda, Kerajaan Pembangkang Untuk Orang Tua Tidak dapat dinafikan kerajaan Barisan Nasional di bawah pentadbiran Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak tidak pernah melupakan orang muda dan memastikan impian mereka diambil kira dalam pembangunan negara. Mener… Read More
Mahu Campur Tangan Amerika Bukti Pembangkang Mengkhianti Negara Hujung bulan lepas, Mahathir jumpa wakil European Union, EU untuk minta campurtangan dalam urusan pilihanraya di Malaysia.20 Februari nanti, Mahathir berjumpa pula dengan pemimpin politik dari Amerika Syarikat dalam usahany… Read More
Anak Mahathir Yang Jutawan, Rakyat Di Bawah Makan Kuah Sahajalah. Ini berlaku di zaman Mahathir bukan zaman Najib. Anak anak dia kaya sangat sangat, rakyat di bawah sekadar makan "ais sagat" sahaja lah. Anak dia makan isi, tulang boleh dekat kroni, kuah sahaja rakyat boleh hirup. It… Read More