Rakyat Malaysia hari ini harus sedar bahawa prinsip amalan demokrasi dalam pemerintahan yang ada sekarang tidak membenarkan sama sekali kegiatan yang boleh mencetuskan keraguan dan akan mengakibatkan perasaan tidak puas hati diantara kaum berlaku.
Sejarah tidak pernah berbohong, namun membuang sejarah itu lah yang telah menyebabkan berbagai tindakan terhadap saru kelompok dilakukan untuk memastikan bahawa kelompok yang seharusnya diiktiraf dinafikan hak hak mereka.
Rohinya satu bangsa yang beragama Islam yang berstatus warganegara Myanmar yang mana telah mendiami Rakhine selama ratusan tahun yang lampau. Semasa pemerintahan British, Warga Rohinya ini dikelasifikasikan sebagai keturunan Indo-Burman.
Setelah Myanmar merdeka, kerajaan Myanmar telah mengambil keputusan dengan tidak mengiktirafkan warganegara Rohinya ini dan menafikan hak hak mereka didalam Myanmar. Disini bermulanya tindakan menghalau rakyat Rohinya dari muka bumi Myanmar dilakukan.
Berbagai cara penindasan yang amat kejam dilakukan sehingga kepada pembunuhan beramai ramai dilakukan tanpa ada belas kasihan. Rohinya yang selama ini telah dipinggirkan dan dinafikan segala-galanya.
Nasib minoriti Islam di tangan majoriti yang bukan beragama Islam tidak menjanjikan peluang kesamarataan atau sekurang-kurangnya keadilan dalam membela nasib mereka. Tidak ada satu sikap belas kasihan yang diamalkan dalam agama Buddha di Myanmar , malah para sami turut melakukan pembantaian masyarakat Rohinya yang tidak mempunyai ruang untuk membela diri.
Kehidupan harian masyarakat Rohinya yang sentiasa dalam ketakutan dalam negara Buddha itu terus mengalami penderitaan dan penindasan sehingga ke hari ini dan tidak menunjukkan tanda-tanda akan berakhir semenjak junta tentera mengambil alih pemerintahan Myanmar.
Sampai bilakah masyarakat dunia akan melihat tragedi pembantaian dan penghapusan kaum Rohinya di tanah Myanmar ini akan berakhir dan diambil satu bentuk tindakan antarabangsa untuk melindungi rakyat Rohinya dari terus pupus dibumi Myanmar.
Laporan Kebebasan Beragama Antarabangsa 2011 yang dikeluarkan oleh Amerika Syarikat yang mengakui wujudnya diskriminasi dan tekanan oleh pemerintah Myanmar terhadap masyarakat Rohingya dilakukan .
Jika kita lihat secara mendalam, pembantaian dan diskriminasi yang dilakukan terhadap rakyat Rohinya di Myanmar bukan setakat penindasan fizikal malah rakyat Rohingya termasuk ke dalam golongan masyarakat yang menerima penindasan paling buruk di dunia.
Tindakan penindasan ini bukan sahaja kita melihat masjid dirobohkan dan ianya digantikan dengan biara-biara Buddha, kaum wanitanya pula dirogol dan dipisahkan dari suami dan keluarga, pembunuhan beramai-ramai dan lain-lain bentuk diskriminasi dan penindasan seperti dihalang berkahwin sesama Rohingya dan menyekat pembiakan zuriat.
Pembersihan etnik yang berdasarkan diskriminasi kaum dan genosid menjadi salah satu sebab yang menyumbang kepada krisis migrasi di seluruh dunia.Pelarian Rohingya dari Arakan di Myanmar terpaksa lari ke tempat selamat secara diaspora ke negara lain khususnya ke Bangladesh dan Malaysia, selain Thailand dan Emiriyah Arab Bersatu(UAE).
Melalui Akta Kerakyatan Burma 1974,diikuti Burma Citizenship Law 1982 mendapati adanya usaha-usaha yang bertujuan untuk menghalau keluar masyarakat Rohingya dari tanahair tempat tumpah darah mereka sendiri.
Malaysia sebagai salah sebuah Negara Asean cukup lantang dalam membantah tindakan tentera junta dalam misi penghapusan etnik Rohingya dilakukan. Malaysia beranggapan bahawa tindakan tidak berperikemanusiaan ini adalah tindakan yang tidak bertamadun dizaman serba maju ini.
Pada tahun 2016 Malaysia melalui Perdana Menteri Dato seri Najib Razak dan Presiden PAS Dato seri Haji Hadi Awang terus bersama dalam perhimpunan yang dilakukan bersama 10 ribu rakyat Malaysia menyatakan bantahan kekejaman tindakan junta tentera Myanmar.
Tindakan ini telah menyebabkan Malaysia diberikan amaran oleh Myanmar agar tidak mencampuri isu berkaitan dengan isu rakyat Rohingya. Namun demikian amaran tersebut telah dilanggar oleh Perdana Menteri Malaysia atas dasar ikatan silatulrahim agama dengan rakyat Rohingya.
Sejajar dengan ucapan dan tindakan seterusnya Malaysia telah menghantar misi bantuan makanan walaupun terdapat halangan dari pihak pemerintah junta tentera Myanmar. Sukarelawan Malaysia terus memberikan bantuan tersebut sehingga ketangan rakyat Rohingya.
Setidak-tidaknya usaha kerajaan Malaysia dalam misi bantuan dan membantah tindakan kejam ini seharusnya diikuti oleh keseluruhan Negara Asean yang lain. Setia kawan dalam anggota Asean perlu dipertingkatkan bagi menyelesaikan masalah pernghapusan etnik Rohinya di Myanmar.
Sehingga kini, menurut laporan Pertubuhan Bangsa Bangsa Bersatu melaporkan sejumlah 73,000 orang pelarian Rohingya telah menyeberangi sempadan ke Bangladesh sejak 25 Ogos lepas. Jumlah pelarian ini termasuk jumlah pelarian yang telah tersadai disempadan Bangladesh tanpa makanan dan minuman.
Dalam hal ini Malaysia tidak memerlukan pujian yang banyak dari pemimpin dunia, tetapi Malaysia memerlukan satu pelan tindakan yang drastik bagi menangani pembantaian rakyat Rohingya ini diambil tanpa bersyarat.
PBB tidak perlu hanya bercakap tentang isu ini sedangkan pada masa yang sama pembunuhan beramai-ramai masih berlaku. Bayi kecil mati dalam dakapan ibu kerana tiada susu dan makanan . Rakyat Rohinya yang kelaparan perlu dibantu dan dilindungi oleh PBB.
Untuk langkah seterusnya PP dan Asean perlu duduk semeja dan bertindak terhadap satu ketetapan yang jelas dan tegas bagi menangani isu penghapusan etnik Rohinya ini dalam apa cara sekali pun.
Dalam hal ini Perdana Menteri Malaysia telah mengesa dan mendesak Ban Kin Moon menggesa pihak tentera Myanmar mengunakan pendekatan holistik dalam menyelesaikan isu di Rakhine dan pada masa yang sama juga anggota Negara Asean juga perlu mengadakan perbincangan khas dan mengambil tindakan ekonomi terhadap Myanmar.
Melaui bukti keganasan serta lampiran media digital yang ditayangkan seharusnya terdapat desakan yang kuat agar pihak junta tentera Myanmar diambil tindakan oleh Mahkamah Antarabangsa atas tuduhan jenayah kemanusiaan sebagaimana diambil terhadap penjenayah Bosnia satu ketika dahulu.
Masyarakat minoriti Islam yang dinafikan identiti dan kewarganegaraan di bumi Myanmar , didiskriminasi dan ditindas junta ini hidup tanpa masa depan dan hala tuju perlu ditamatkan pernderitaan mereka.
Sampai bilakah penderitaan mereka akan berakhir di bumi mereka sendiri?gTindakan tegas oleh badan dunia yang bertanggungjawab perlulah lebih telus dalam memaksa junta supaya menghentikan penindasan dan penyeksaan terhadap minoriti Islam Rohingya dan tekanan perlulah diberikan kepada negara pagoda emas itu.
Justeri itu, Malaysia dengan ketetapan yang sama akan terus menentang isu kekejaman dan pembantaian rakyat Rohinya di Myanmar tanpa berselindung lagi. Malaysia akan terus memberikan bantuan kemanusiaan tanpa ada rasa takut dan curiga.
Ini adalah kerana Malaysia beranggapan bahawa rakyat Rohinya adalah saudara seagama dan semestinya sebagai Negara yang dipimpin oleh pemimpin Islam Malaysia akan terus berisaha sehingga penderitaan rakyat Rohinya berakhir.