Sunday, 17 September 2017
Menghina PM Pembantu Pengerusi DAP Sarawak Ditahan
By @MNA at 12:04:00
Abdul Aziz Isa yang merupakan pembantu khas kepada Pengerusi DAP Sarawak, Chong Chien Jen ditahan hari ini atas dakwaan menghina perdana menteri.
Aziz ditahan di bawah Akta Komunikasi dan Multimedia serta Seksyen 504 Kanun Keseksaan, kerana sengaja mengaibkan dengan niat hendak menjejaskan keamanan.
Ahli Parlimen DAP Bandar Kuching itu dalam catatan di Facebooknya berkata, bekas calon Batu Kitang itu ditahan selepas “memuat naik komen tidak menyenangkan mengenai perdana menteri”.
Beliau turut mendakwa polis enggan 7membenarkan seorang peguam hadir ketika Aziz disoal siasat.
Chien Jen mengesahkan penahanan itu seperti dilaporkan FMT dan berkata, setahu beliau penahanan itu dikaitkan dengan kenyataan Aziz yang dimuat naik ke Facebook.
Related Posts:
Wakil Rakyat DAP Guna Politik Kebencian - Mahdzir Khalid KUALA NERANG - Anggota Parlimen Taiping, Nga Kor Ming menggunakan politik kebencian untuk menghancurkan perpaduan sesama kaum yang telah dibina sejak 60 tahun lalu apabila mempersendakan sambutan Aidilfitri dalam laman sos… Read More
Hujan Lebat Selepas Berakhirnya El Nino PETALING JAYA: Rakyat Malaysia berdepan fenomena El Nino sejak enam bulan lalu tetapi negara ini mungkin dilanda hujan lebat dan banjir (La Nina) pada separuh kedua tahun ini. Ketika Filipina dan Taiwan diancam ser… Read More
Nga Khor Ming Enggan Mohon Maaf Ahli Parlimen Taiping dari DAP Nga Kor Ming nampaknya terus melanjutkan drama provokasi ke atas umat Islam di negara ini apabila enggan memohon maaf di atas kemaskini laman Facebooknya yang mencetuskan kontroversi. Da… Read More
#BUBAR DUN PENANG: Rahman Dahlan Terkejut Cadangan Pilihan Raya Mengejut DAP PETALING JAYA: Datuk Abdul Rahman Dahlan melahirkan rasa terkejut mengenai cadangan pemimpin DAP Pulau Pinang untuk mengkaji kemungkinan mengadakan pilihan raya mengejut bagi mengukur tahap sokongan rakyat terhadap Ket… Read More
Berhati-hati Memandu, Jangan Salahgunakan Lorong Kecemasan - PM Najib KUALA LUMPUR - Datuk Seri Najib Tun Razak menasihatkan orang ramai yang kembali ke ibu kota selepas bercuti sempena Aidilfitri di kampung halaman masing-masing supaya berhati-hati memandu dan mematuhi peraturan jalan ra… Read More