Saturday, 9 September 2017
Mekanisme Penetapan Harga Minyak Secara Mingguan Adalah Cara Terbaik .
By @MNA at 14:35:00
Kerajaan tidak bercadang untuk menukar mekanisme sedia ada dalam menetapkan harga minyak secara minggu kerana ia adalah kaedah terbaik dalam mengawal harga minyak untuk rakyat.
Menteri Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan (KPDNKK), Datuk Seri Hamzah Zainudin berkata mekanisme penetapan harga petrol dan diesel itu terbaik pada situasi masa kini apabila dapat mengawal harga kedua-dua jenis minyak itu dibawah RM2.40 seliter sejak Mac lepas.
"Sejak mekanisme baharu penetapan harga petrol dan diesel mula diperkenalkan pada Mac 2017 harga minyak pada masa itu adalah RM2.40 seliter dan harga purata adalah masih di bawah RM2.40 seliter.
"Ini membuktikan bahawa mekanisme yang diguna pakai itu sudah baik dan kita patut terimanya untuk masa depan negara yang lebih baik," katanya ketika diminta mengulas mengenai kenaikan harga bahan api itu sejak kebelakangan ini.
Harga runcit mingguan minyak bagi petrol RON95 dan RON97 naik empat sen masing-masing kepada RM2.20 dan RM2.48 seliter bermula 7 Sept hingga 13 Sept, manakala harga runcit bagi diesel pula naik satu sen kepada RM2.05 seliter.
Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas merasmikan Fiesta Getthis.com di Pusat Dagangan Antrabangsa (MITC), Ayer Keroh yang turut dihadiri oleh Ketua Menteri Melaka, Datuk Seri Idris Haron.....
Related Posts:
#PRK P.093 SUNGAI BESAR : Isu RM2.6 Bilion,GST Dipolitikkan,Tiada Kaitan 1MDB - Arul Kanda Arul Kanda (kanan) menjelaskan isu 1MDB serta menjawab soalan penjawat awam pada program anjuran JPM di Sekinchan, Rabu. SEKINCHAN: Isu RM2.6 bilion dan Cukai Barangan dan Perkhidmatan (GST) tidak mempunyai kaitan den… Read More
#PRK P.067 KUALAKANGSAR : Kempen Provokasi Perlu Dihentikan. #PrkSgBesar #KekalBN Barisan Nasional tidak akan menggunakan ayat-ayat atau pun perkataan berbentuk provokasi dalam kempen yang boleh menggugat keharmonian rakyat pada pilihan raya kecil (PRK) Kuala Kangsar. Menteri Besar Perak, Datuk Seri … Read More
Tiada Keperluan Lantik Pemangku Menteri Besar Kedah - SUK Setiausaha Kerajaan Kedah Datuk Bakar Din keluar dari Unit Rawatan Rapi Hospital Pulau Pinang selepas melawat Menteri Besar Kedah Datuk Seri Ahmad Bashah Md Hanipah. ALOR SETAR: Tiada keperluan untuk melantik peman… Read More
#PRK P.093 SUNGAI BESAR : Arul Kanda Perjelas Isu 1MDB Kepada Penjawat Awam Sekinchan SEKINCHAN: Kumpulan penjawat awam di sini telah diberi penjelasan terperinci berkaitan 1Malaysia Development Berhad (1MDB). Penerangan disampaikan Presiden dan Pengarah Eksekutif Kumpulan 1MDB Arul Kanda Kandasamy … Read More
#PRK P.093 SUNGAI BESAR : Majlis Ulamak PAS Arahkan Calon PAS Tarik Diri...??? Berita ini hangat tersebar di aplikasi grup WhatsApp,benarkah? SEGERAUntuk Sebaran Ahli SAHAJADewan Ulama' Pas Negeri Selangor sebentar tadi telah mengadakan mesyuarat tergempar dan mengambil ketetapan seperti berik… Read More