Saturday, 16 September 2017
Ketua Polis KL Sahkan Kebakaran Pusat Tahfiz Perbuatan Khianat
By @MNA at 21:10:00
Ketua Polis Kuala Lumpur, Datuk Amar Singh Ishar Singh hari ini mengesahkan kebakaran pusat tahfiz Darul Quran Ittifaqiyah, Kampung Dato Keramat, di sini, kelmarin merupakan perbuatan khianat.
Dalam sidang akhbar sebentar tadi, Amar Singh berkata, tujuh remaja berusia antara 11 hingga 19 tahun ditahan polis pada 6 petang 15 September sehingga pukul 2.30 pagi pada 16 september.
Kesemua mereka merupakan penduduk yang tinggal disekitar pusat tahfiz Darul Quran Ittifaqiyah.
Amar Singh berkata, enam daripada suspek positif dadah. Kesemua suspek telah dibawa ke mahkamah hari ini dan akan direman sehingga 22 September ini.
Siasatan dibuat di bawah Seksyen 302 dan Seksyen 435 Khianat Dengan Api kerana siasatan awal mendapati terdapat unsur tersebut.
“Dengan tangkapan tersebut polis percaya telah berjaya menyelesaikan kes kebakaran pusat tahfiz Darul Quran Ittifaqiyah, Kampung Dato Keramat.
“Punca perbuatan khianat ini adalah disebabkan perbuatan ejek mengejek antara suspek dan pelajar pusat tahfiz Darul Quran Ittifaqiyah, Kampung Dato Keramat,” kata Amar Singh.
Menurut beliau dua dari suspek mempunyai rekod jenayah lampau iaitu merusuh dan mencuri kenderaan.
Amar Singh turut memberi amaran kepada orang awam agar tidak menunarkan mesej yang tidak benar kerana boleh memberi kesan siasatan dan proses mahkamah. Tindakan boleh diambil dibawah Seksyen 203 Kanun Kesiksaan.
Related Posts:
Ringgit Paras Tertinggi Berbanding Dolar AS Sejak May 2016 Nilai Ringgit naik ke paras tertinggi berbanding dolar AS kepada 3.9365 pada hari Jumaat, yang paling kukuh sejak Mei 2016. Pada jam 11.10 pagi, ia berada pada 3.9383 berbanding dolar AS. Ia naik 0.42% ‘on-day’. Ketua p… Read More
Hina Orang Jual Nasi Lemak Dan Pemandu Uber, Tanda Mahathir Sudah Terdesak Tidak habis habis hendak menghina orang. Itulah sahaja bahan yang ada pada pembangkang sekarang. Mahfuz hina Sultan Pahang. Mukhriz hina ibadah umrah Datuk Seri Najib. Mahathir hina orang Bugis, hina orang dapat BR1M, hin… Read More
Jawatan Perdana Menteri Sementara, Agenda Parti Pun Sementara Juga Segala galanya hanyalah sementara sahaja dalam pakatan pembangkang. Jawatan PM sementara, agenda parti sementara, entah entah pakatan pembangkang pun hanya sementara sahaja. Lepas PRU14, entah nama apa pula akan diberi kep… Read More
Berita Baik! Semua McDonald's Selepas Ini Ada Surau SYUKUR… Rangkaian makanan segera terkemuka, McDonald’s merancang untuk menyediakan kemudahan surau di semua restoran baharu dibuka dan bakal diubah suai di seluruh Malaysia.Pengarah Operasi McDonald’s Malaysia, Mohd. Fairu… Read More
Kajian Politweet Kuatkan Ramalan, Pembangkang Akan Kalah Pada PRU14 Kajian dari Politweet pada 11 Januari 2017, mengesahkan lagi kajian kajian sebelum ini bahawa Barisan Nasional akan terus menang dan mentadbir Putrajaya. Jadi tidak perlulah pembangkang hendak bercita cita hendak jadi PM s… Read More