Wednesday, 27 September 2017
Hak Rakyat Sabah Pernah DiHapuskan Oleh Mahathir Ketika Menjadi Perdana Menteri
By @MNA at 23:08:00
Pengerusi Pakatan Harapan Tun Dr. Mahathir Mohamad dibidas atas kenyataannya yang kononnya mahu melihat kembali Perjanjian Malaysia 1963 (MA63) untuk mengembalikan hak Sabah dan Sarawak jika pembangkang menang pada pilihan raya umum akan datang.
Timbalan Ketua Menteri, Datuk Raymond Tan berkata, kenyataan itu adalah satu pembohongan kerana Dr. Mahathir semasa menjadi Perdana Menteri telah menarik hak rakyat Sabah seperti terkandung di dalam MA63 tanpa merujuk kepada Parlimen terlebih dahulu.
Katanya, hak tersebut adalah dalam industri gas dan tenaga yang dihapuskan pada tahun 1983 hanya dengan menggunakan Artikel 95C Perlembagaan Persekutuan tanpa dibahaskan di Parlimen sebelum dipersetujui.
“Ini adalah kes yang amat jelas pada tahun 1983 apabila Dr. Mahathir sebagai Perdana Menteri membatalkan perundangan tentang hak rakyat Sabah yang terkandung di dalam MA63 tetapi Sarawak dikekalkan.
“Perkara ini berkaitan hak kerajaan negeri dalam pembekalan elektrik, industri gas serta kerja-kerja lain dalam pengedaran industri tenaga,” katanya dalam sidang akhbar di sini hari ini.
Beliau berkata, tidak cukup dengan itu, pada tahun 1996, Dr. Mahathir turut menjalankan kempen agar hak Imigresen yang dimiliki oleh Sabah seperti terkandung di dalam MA63 dihapuskan, namun usaha berkenaan gagal kerana ditolak oleh pemimpin-pemimpin tempatan
Bagaimanapun katanya, hak tersebut berjaya dikekalkan hingga kini selepas pemimpin-pemimpin Sabah ketika itu menolak cadangan berkenaan.
Nasib baik pemimpin Sabah berjaya mengekalkan hak tersebut. Saya percaya Dr. Mahathir dan pemimpin Pakatan Harapan masih mempunyai perancangan untuk mengambil hak Imigresen kita
Related Posts:
Hari Pertama SST Yang Ternyata Hanya Indah Khabar Dari Kenyataan Sebenar! Ketika kerajaan BN ingin laksanakan GST, kementerian inilah antara yang pertama terlibat dalam kajian dan sebagainya. Tiba2 jadi bodoh, samada kerana Lim Guan Eng atau/dan Tony phua yang bertindak sebagai pegawai pen… Read More
Harga Rokok Meningkat Berita Baik Kepada Penguna Rokok Selepas SST. Menurut JT International Bhd (JTI Malaysia) harga rokok bagi semua jenama yang diedarkannya di Malaysia akan meningkat susulan penguatkuasaan Cukai Jualan dan Perkhidmatan (SST) pada 1 September. “Pengenalan cukai jualan p… Read More
Pengguguran Kes LGE Bukti Pemimpin Pakatan Lebih Kebal Dari Raja-Raja Melayu Malaysia hari ini melalui satu lagi fasa peristiwa hitam di dalam perundangan negara apabila Peguam Negara menggunakan kuasa ‘veto’ mereka terhadap sistem keadilan Negara.Berikutan daripada itu, Datuk Razlan Rafii aktivis… Read More
DSNR Disekat Tunai Haji Tajaan Kerajaan Arab Saudi Al kisahnya Datuk Najib membongkar kekejaman KERAjaan Pakatan Harapan (PH) menghalangnya menunaikan haji jemputan khas dari Arab Saudi.Belum pernah terjadi dalam sejarah negara apabila pemimpin bukan dari kalangan kerajaa… Read More
MOU Antara Ghanaraja Dengan Syarikat Milik Kerajaan China Kenapa Perlaburan Ini Dirahsiakan Oleh Kerajaan PH? Berikutan di sebalik lawatan Tun Mahathir ke Negara China, individu bernama Gnanaraja telah memuat naikan satu entri melalui laman sosial instagram miliknya dengan mengakui bahawa beliau telah menandatanggani satu MOU deng… Read More