Friday, 4 August 2017
Pembangkang Tipu Soal Punca GST Diperkenalkan - Najib
By Aku Torres at 22:35:00
lensa parlimen
YAB Datuk Seri Najib Tun Razak berkata dakwaan pembangkang kononnya cukai barang dan perkhidmatan (GST) diperkenalkan di Malaysia berpunca kegagalan urus tadbir kerajaan dan masalah 1Malaysia Development Bhd (1MDB) adalah satu penipuan.
Perdana menteri berkata ini kerana 160 buah negara lain turut melaksanakan GST termasuk negara-negara maju seperti England, Perancis, Jerman dan Kanada.
"Malah, Arab Saudi, negara pengeluar minyak tertinggi turut memperkenalkan GST seperti negara-negara lain di seluruh dunia," katanya dalam catatan laman blog najibrazak.com mengenai tuduhan songsang pembangkang berhubung GST, hari ini.
Najib berkata tuduhan songsang itu adalah satu lagi percubaan meraih sokongan meskipun pembangkang memahami tujuan sebenar GST diperkenalkan, malahan mereka pernah berkali-kali menyatakan akan turut mengekalkan GST.
Perdana menteri berkata selama ini pendapatan negara banyak ditampung hasil minyak bagi memastikan perkhidmatan awam dan perkhidmatan asas dapat dinikmati rakyat.
"Namun, pada tahun 2014, harga minyak global mula menjunam, dan Malaysia turut terkesan. Keadaan ini menyebabkan hasil negara ketika itu berkurang sehingga lebih RM40 bilion, satu jumlah yang pasti menyebabkan banyak perkhidmatan terpaksa dihentikan," kata Najib.
Menyedari bahawa kebergantungan hasil negara pada industri minyak tidak stabil, perdana menteri berkata GST diperlukan untuk memastikan perkhidmatan dan kemudahan asas dapat diteruskan.
"Sehingga hari ini kualiti hidup rakyat masih terjaga kerana dibiayai GST. Hakikatnya tidak ada cukai yang popular tidak kiralah sebanyak mana pembangunan dan kemudahan yang wujud hasil cukai tersebut," katanya.
Najib berkata kerana taksubnya bekas Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad untuk menjatuhkan kerajaan, beliau memaksa pemimpin pembangkang lain menipu rakyat dengan menjanjikan penghapusan GST walaupun mereka semua sedar yang tanpa sumber pendapatan menggantikan hasil minyak, ekonomi negara akan lumpuh dan rakyat akan menderita.
"Namun Dr. Mahathir tidak kisah asalkan beliau dapat menjatuhkan kerajaan," katanya.
Najib berharap rakyat Malaysia menolak dakyah dan penipuan yang hanya bertujuan mengumpul sokongan tanpa sebarang rasa tanggungjawab kepada negara dan masyarakat.
Related Posts:
Pemuda UMNO Perak Mahu Dr Zambry Kekal Sebagai Menteri Besar Pergerakan Pemuda UMNO Perak mahu Datuk Seri Dr Zambry Abd Kadir kekal sebagai Menteri Besar jika Barisan Nasional (BN) mengekalkan kemenangan di negeri ini pada Pilihan Raya Umum Ke-14 (PRU-14). Ketua Pemuda UMNO Perak… Read More
Pembangkang Tipu Soal Punca GST Diperkenalkan - Najib YAB Datuk Seri Najib Tun Razak berkata dakwaan pembangkang kononnya cukai barang dan perkhidmatan (GST) diperkenalkan di Malaysia berpunca kegagalan urus tadbir kerajaan dan masalah 1Malaysia Development Bhd (1MDB) adalah … Read More
Raja Melayu Bertanggungjawab Lindungi Rakyat Daripada Perebutan Kuasa -Sultan Nazrin Sultan Perak Sultan Nazrin Shah bertitah raja-raja Melayu berada dalam kedudukan terbaik untuk melindungi kepentingan rakyat daripada 'hempasan ombak perebutan kuasa' yang dilihat semakin meretakkan perpaduan. Titah bagi… Read More
'Kita Dekati Rakyat Sebelum, Ketika Dan Selepas Pilihan Raya' - Dr Zambri SENARIO geopolitik semasa tanah air membuka dimensi baharu persediaan Barisan Nasional (BN) berdepan Pilihan Raya Umum Ke-14 (PRU-14). Di Pusat mahupun negeri, semuanya ligat mencatur gerak kerja bagi memastikan kemenanga… Read More
Isu 'Warlord' UMNO Tak Serius - Dr Zambry Senario geopolitik semasa tanah air membuka dimensi baharu persediaan Barisan Nasional (BN) berdepan Pilihan Raya Umum Ke-14 (PRU-14). Di Pusat mahupun negeri, semuanya ligat mencatur gerak kerja bagi memastikan kemenangan.… Read More