Para peminat sukan yang menyaksikan acara pembukaan temasya Sukan SEA 2017 (KL2017) di Stadium Nasional Bukit Jalil disaran menggunakan pengangkutan awam khususnya perkhidmatan Transit Aliran Ringan (LRT) dan bas Rapid KL.
Sebagai penyedia pengangkutan awam rasmi KL 2017, Rapid KL yang mengendalikan operasi Mass Rapid Transit (MRT), LRT, monorel, Bas Rapid Transit (BRT) dan bas henti-henti sekitar Lembah Klang mengatur pelbagai inisiatif bagi memastikan keselesaan orang ramai berkunjung ke stadium itu bagi memeriahkan acara pembukaan rasmi temasya sukan terbesar Asia Tenggara itu.