Friday, 11 August 2017
Dasar Transformasi Perkhidmatan Awam Bukti Kerajaan Utamakan Rakyat - Najib
By Aku Torres at 19:11:00
lensa parlimen
YAB Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak berkata dasar Transformasi Perkhidmatan Awam (TPA) adalah bukti kerajaan sentiasa meletakkan kebajikan dan keselesaan rakyat sebagai keutamaan.
Perdana menteri berkata dasar itu antara usaha untuk menyenangkan urusan harian orang ramai.
"Sudah menjadi tugas kerajaan untuk memudahkan urusan dalam kehidupan rakyat. Oleh yang demikian, kerajaan Persekutuan telah memperkenalkan Dasar Transformasi yang fokusnya untuk menambah baik perkhidmatan awam yang sedia ada," kata Najib.
Beliau berkata demikian menerusi catatan terbaru di laman blog rasmi beliau, najibrazak.com hari ini.
Dalam pada itu, Najib turut menyenaraikan beberapa contoh manfaat yang diperoleh orang ramai melalui TPA merangkumi perkhidmatan memperbaharui pasport dan permohonan MyKid serta MyKad.
"Kalau dahulu, perkhidmatan memperbaharui pasport perlu mengambil masa sehingga 10 hari bekerja, kini cuma mengambil masa satu atau dua jam sahaja hasil Dasar Transformasi Kerajaan. Malah kaunter Imigresen di Pusat Tranformasi Bandar (UTC) juga beroperasi setiap hujung minggu kecuali cuti umum. Bermula 2016, permohonan memperbaharui pasport juga boleh dijalankan secara dalam talian.
"Begitu juga permohonan MyKid dan MyKad yang dahulunya tempoh menunggu permohonan adalah sehingga 30 hari berbanding kini permohonan baharu hanya mengambil masa 24 jam," kata Najib.
Menurut perdana menteri, kaunter Jabatan Perdana Menteri (JPM) di UTC dan Pusat Transformasi Luar Bandar (RTC) yang dibuka sehingga malam bukan sahaja memudahkan orang ramai, malah mengelakkan kesesakan pada waktu puncak.
"Satu lagi aspek penting dalam kehidupan rakyat adalah rawatan kesihatan. Jika dahulu penduduk di pendalaman terpaksa berjalan jauh untuk mendapatkan rawatan di klinik kesihatan atau hospital, kini Klinik Bergerak 1Malaysia sanggup meredah hutan dan sungai semata-mata untuk memberi rawatan kepada orang ramai," kata Najib - Bernama
Related Posts:
Najib Umum Insentif Raya RM500, Dividen RM280 Untuk Peneroka Felda KULAI - Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak hari ini mengumumkan Insentif Raya sebanyak RM500 kepada setiap keluarga peneroka Felda bagi membantu mereka membuat persiapan menyambut Aidilfitri.Beliau berkata dividen F… Read More
TN50: Najib Pelawa Rakyat Malaysia Kongsi Aspirasi Agama, Rohani Setelah beberapa siri dialog diadakan untuk mengumpul pandangan bagi merealisasikan Transformasi Nasional 2050, Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak hari ini mempelawa rakyat Malaysia berkongsi aspirasi dari aspek… Read More
#Video : Malaysia Perlu Sedia Hadapi Cabaran Baharu Geopolitik - Najib Malaysia memantau secara rapi perkembangan geopolitik yang berlaku di seluruh dunia bagi membolehkan sebarang langkah dan keputusan yang diambil menepati kepentingan negara, kata Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak… Read More
Garis Tiga Prinsip Selesaikan Kemelut FGV, Mahu Isu Diselesai Segera - Najib KULAI - Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak menggariskan tiga prinsip utama untuk menyelesaikan kemelut Felda Global Ventures Holdings Bhd (FGV) dan mahu isu itu diselesaikan dalam bulan Ramadan ini juga. "Pertama,… Read More
Ketaatan, Kesetiaan Jaminan Keselamatan Negara - PM Najib KUALA LUMPUR: Datuk Seri Najib Razak berkata, kesetiaan dan ketaatan atau walak kepada kepemimpinan negara adalah jaminan keselamatan negara ini. Perdana Menteri berkata, tanpa kesetiaan dan ketaatan, akan wujud kumpulan y… Read More