Tuesday, 18 July 2017
TN50 Sediakan Rakyat Hadapi Revolusi Perindustrian Keempat - PM Najib
By Aku Torres at 19:50:00
PUTRAJAYA - Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak hari ini berkata pelan Transformasi Nasional 2050 (TN50) akan menyediakan rakyat untuk berhadapan dengan Revolusi Perindustrian Keempat.
Beliau berkata Revolusi Perindustrian Keempat telah menggugat model lama perniagaan, terutama dalam kalangan masyarakat yang berurusan tanpa wang dan tanpa kad.
Sambil memberikan contoh di China, beliau berkata seseorang itu boleh menggunakan telefon pintar untuk membeli apa sahaja dengan lebih mudah dan selesa sama ada di bazar atau secara dalam talian seperti Amazon.
"Inilah gaya hidup yang akan diamalkan di Malaysia pada masa depan. Inilah perubahan yang akan menimbulkan gangguan yang kita harus pastikan rakyat bersedia menghadapinya. Kita tidak boleh ubah masa depan tetapi kita boleh bantu rakyat untuk bersedia menghadapi masa depan," katanya dalam ucapan pembukaan Dialog Meja Bulat TN50 dengan para saintis Malaysia di sini hari ini.
Kira-kira 20 saintis dari pelbagai bidang menghadiri dialog meja bulat itu di Bangunan Perdana Putra di sini. Turut hadir Presiden Akademi Sains Malaysia Prof Datuk Asma Ismail dan Penasihat Sains kepada Perdana Menteri Prof Tan Sri Zakri Abdul Hamid.
Najib, yang juga Menteri Kewangan, berkata lebih banyak peruncit berhadapan dengan kemungkinan menutup perniagaan mereka pada permulaan Revolusi Perindustrian Keempat.
"Dalam masa terdekat kemungkinan lebih ramai lagi akan terancam apabila lebih banyak yang membeli secara dalam talian. Ini telah meningkatkan perkongsian perniagaan peruncit biasa.
"Kita melihat tanda-tanda ini di banyak negara. Malaysia tidak terkecuali. Oleh itu kita perlu menyediakan rakyat kita. Ini yang sebenarnya kita perlu ambil perhatian," katanya.
Najib berkata kerajaan komited dengan pendekatan dari bawah ke atas untuk predikat TN50 bagi memastikan arah masa depan dan visi negara mencerminkan aspirasi rakyat dan memberikan semangat kekitaan dalam kalangan rakyat.
"Kerajaan memulakan penglibatan TN50 dengan golongan muda kerana ia milik mereka. Kemudian kami perluaskan penglibatan itu untuk meliputi semua segmen dalam masyarakat, termasuk masyarakat awam, ahli akademi, kakitangan awam dan ahli profesional.
"Saya berharap semua saintis yang hadir hari ini akan berkongsi pengetahuan, pengalaman, pandangan dan kebijaksanaan anda bagi memastikan Malaysia menjadi sebuah masyarakat yang kreatif dan inovatif," katanya.
Najib turut menekankan akan pentingnya sains, teknologi, kejuruteraan dan matematik (STEM) bagi proses peralihan negara menjadi masyarakat yang berasaskan pengetahuan dan inovasi.
"Peranan inovasi kini lebih meluas...bagaimana untuk menangani STEM bagi meletakkannya di hadapan dan lebih popular dari segi penerimaan dalam sistem pendidikan," katanya. - Bernama
Related Posts:
Kerjasama Dengan DAP, Mahathir Dah Gila.. KUALA LUMPUR – Tun Dr Mahathir Mohamad sudah “gila” menjalinkan kerjasama dengan pembangkang bagi menyingkirkan Datuk Seri Najib Razak sebagai perdana menteri, kata Datuk Seri Tengku Adnan Mansor, hari ini. Setiausa… Read More
Kalau Ikut Jasa Mahathir ... Firaun Pun Pernah Berjasa KUALA LUMPUR – Seorang pengalisa politik, Dr Aznil Hisham membidas para penyokong Tun Dr Mahathir yang mempertikaikan tindakan kerajaan ‘memecat’ bekas perdana menteri sebagai Penasihat Petroliam Nasional Berhad (Petro… Read More
Ku Li Yakin Najib Dapat Selesaikan Kemelut Yang Berlaku Sekarang Ahli Parlimen Gua Musang, Tengku Razaleigh Hamzah yakin Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak akan berjaya menyelesaikan kemelut yang dihadapi ketika ini yang dibangkitkan pelbagai pihak. Beliau berkata demikian … Read More
Media Tidak Dihalang Laksana Tugas, Namun Perlu Hormati Undang-undang - TPM Kerajaan tidak menghalang media tempatan ataupun asing melaksanakan tugas namun mereka perlu mematuhi etika kewartawanan dan juga undang-undang negara ini, kata Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi. … Read More
Ketua UMNO Bahagian Seluruh Negara Teguh Sokong Najib Razak Seramai 147 orang Ketua UMNO Bahagian dari seluruh Malaysia berhimpun dan menyatakan sokongan kukuh kepada Perdana Menteri dan Presiden UMNO Datuk Seri Najib Tun Razak dalam satu program khas. Program itu diberi nama … Read More