Saturday, 29 July 2017

Tender Pembinaan Hospital Pakar Parit Buntar Dibuka September Ini





Berita baik yang sememangnya dinanti- nantikan oleh penduduk di kawasan Daerah Kerian, terutama sekitar Parlimen Parit Buntar, akhirnya tender pembinaan Hospital Parit Buntar yang baharu akan dibuka pada September ini, kata Menteri Kerja Raya Datuk Seri Fadillah Yusof.

Beliau berkata proses tender itu dijangka selesai akhir tahun ini dan pembinaan akan dimulakan awal tahun depan.


Berikutan dengan lawatan kerja ke tapak pembinaan hospital tersebut pada 29 hb Julai 2017. Turut bersama Ketua UMNO Bahagian Parit Buntar, Datuk Abu Bakar B. Mat Ali mengiringi Datuk Seri Fadillah Yusof dan rombongan.

 Kerja tanah selesai dijalankan pada September tahun lalu dan reka bentuk telah pun siap manakala kos pembinaan hospital itu bergantung kepada tender.

"Hospital ini tidak akan mengalami kelewatan. Kita perlu selesaikan masalah tanah tapak projek ini dahulu ekoran kawasan ini merupakan kawasan tanah yang agak lembut dan apabila kerja tanah siap baru boleh memulakan pembinaannya," katanya.

Beliau berkata demikian dalam sidang media selepas mengetuai rombongan Program Jelajah FTRoadpedia Zon Utara dan melawat projek pembinaan Hospital Parit Buntar di Simpang Lima.

Related Posts: