Friday, 21 July 2017

Kesemua 191 Ketua Bahagian UMNO Sokong Padu Kepimpinan Najib


Kesemua 191 ketua bahagian UMNO seluruh negara menyokong penuh kepimpinan dan pentadbiran Datuk Seri Najib Tun Razak sebagai presiden parti dan Perdana Menteri.

Setiausaha Agung UMNO yang juga Ketua UMNO Bahagian Putrajaya Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor berkata sokongan padu berkenaan dizahirkan oleh 191 ketua bahagian dalam pertemuan tertutup dengan perdana menteri di Seri Perdana di sini pada Rabu malam.

"Kesemua ketua bahagian UMNO memberitahu perdana menteri bahawa mereka semua di belakang beliau demi agama, bangsa dan negara.

"Sokongan sedemikian adalah penting dalam memastikan parti adalah kuat dan kalis sebarang ancaman," katanya.

Tengku Adnan yang juga Menteri Wilayah Persekutuan berkata demikian ketika berucap pada majlis perasmian serentak persidangan perwakilan Wanita, Pemuda dan Puteri UMNO Bahagian Putrajaya 2017.

Dalam ucapannya, beliau berkata mereka yang sudah meninggalkan parti tidak harus dipinggirkan sebaliknya terus didekati untuk kembali menyokong UMNO.

Kata Tengku Adnan, beliau ada mendapat maklumat terdapat cubaan parti lawan yang juga parti serpihan UMNO untuk memancing ketua-ketua cawangan di Putrajaya.

Justeru beliau menasihatkan kepimpinan UMNO Bahagian Putrajaya peringkat Wanita, Pemuda dan Puteri untuk merapatkan diri dengan masyarakat dan turun padang untuk mengetahui masalah yang dihadapi rakyat.

Sumber : Bernama

Related Posts:

  • Guna Internet Dan Media Sosial Untuk Pupuk Perpaduan - Najib KUALA LUMPUR, 26 Feb (Bernama) -- Rakyat Malaysia perlu terus menggunakan internet dan media sosial sebagai platform untuk memupuk perpaduan dan mengelakkannya daripada disalahguna, kata Datuk Seri Najib Tun Razak. Perd… Read More
  • UMNO Johor akur keputusan MT PASIR GUDANG: UMNO Johor akur dengan keputusan Majlis Tertinggi (MT), yang sebulat suara memutuskan penggantungan jawatan Tan Sri Muhyiddin Mohd Yassin sebagai timbalan presiden parti, berkuat kuasa serta-merta. Ment… Read More
  • Kanak-Kanak Bersama Wang Jutaan Ringgit Jadi Viral KUALA LUMPUR – Pengguna media sosial semalam dikejutkan dengan penyebaran gam­bar seorang kanak-kanak perempuan bersama sejumlah besar wang yang dianggarkan mencecah jutaan ringgit di da­lam sebuah bilik hotel diper… Read More
  • UMNO Perlu Gerak Ke depan Serta Mantapkan Parti. KUALA LUMPUR 26 Feb. – Keputusan Majlis Tertinggi (MT) UMNO untuk menggantung jawatan Timbalan Presiden UMNO yang disandang Tan Sri Muhyiddin Yassin berkuat kuasa serta-merta dibuat berdasarkan keinginan parti untuk ber… Read More
  • ADUN PKR SIFATKAN TINDAKAN GUAN ENG TIDAK WARAS Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) PKR menyifatkan tidakan Ketua Menteri Pulau Pinang Lim Guan Eng yang menggugurkan dua ahli mereka tanpa sebarang perbincangan adalah sebagai tidak waras. Keputusan yang dianggap … Read More