Wednesday, 26 July 2017
Di Penang Tilam Dan Katil Pun DiCukaikan Ada Hati Nak Hapus GST !
By @MNA at 18:12:00
Kenyataan pemimpin pembangkang yang mahu menghapuskan GST dalam tempoh seratus hari berkuasa hanyalah satu kenyataan yang dilihat cuba untuk memperbodoh-bodohkan dan menghina intelektual rakyat di negara ini, kata Naib Ketua Pemuda UMNO Negeri Pulau Pinang.
Kenyataan seperti itu memperlihatkan seolah-olah rakyat di negara ini dungu dan bodoh serta tidak peka dengan perkembangan semasa dalam negara dan dunia.
Saya tak pastilah kalau ada orang yang boleh percaya dengan kenyataan pembangkang itu. Tetapi kalau kita lihat di negeri-negeri pembangkang seperti di Pulau Pinang contohnya, katil dan tilam pun mereka kenakan cukai. Dan yang terbaru, kerajaan Pulau Pinang menaikkan pula bayaran parkir kenderaan di Pulau Pinang.
“Kalau perkara sekecil katil dan tilam pun mereka cukaikan, apakah logik jika berkuasa mereka akan menghapuskan GST yang memberikan lebih 40 bilion pendapatan kepada negara? Apakah mereka sanggup kehilangan berpuluh bilion pendapatan negara dengan menghapuskan GST semata-mata untuk memenangi hati rakyat dan menang pilihanraya?,”
Persoalannya sekarang apakah pembangkang mempunyai sebarang pelan yang lebih baik untuk menggantikan pendapatan sebanyak RM40 bilion yang dikutip melalui GST sekiranya mereka mahu menghapuskan sistem percukaian tersebut.
“ Jika pembangkang mahu menghapuskan GST, maka apa pula pelan dan strategi mereka untuk menggantikan RM40 bilion apabila GST dihapuskan? Setakat ini kita tidak nampak apa-apa pelan ekonimi mereka yang boleh menggantikan cukai GST untuk menambah atau sekurang-kurangnya menyamai hasil pendapat melalui sistem percukaian tersebut.
“Di kala lebih 160 buah negara di dunia telah melaksanakan GST, tiba-tiba pembangkang yang kita lihat langsung tidak ada pelan ekonomi yang meyakinkan, dan hanya tahu menjual tanah dan aset-aset negeri untuk mendapatkan hasil, mahu menghapuskan 40 bilion pendapatan negara?
“Janganlah menganggap rakyat di negara ini bodoh dan senang diumpan dengan kenyataan yang tidak masuk akal seperti itu. Kalau mereka mengatakan mahu menstruktur semula GST, mungkin masuk akal tetapi bila mereka kata mahu hapuskan GST, itu nampak sangat satu kenyataan yang menghina pemikiran dan intelektual rakyat di negara ini,”katanya lagi.
Justeru itu, di harap rakyat tidak mudah terpengaruh dengan janji-janji pembangkang yang tidak masuk akal yang hanya dijadikan umpan untuk melunakkan hati rakyat untuk memberikan undi kepada mereka.
“Pembangkang memang suka menjanjikan bulan dan bintang, tetapi apabila diberikan kuasa mereka gagal untuk menunaikan janji-janji mereka itu. Kita boleh lihat bagaimana di Pulau Pinang, kerajaan Dap lebih bernafsu untuk membina rumah-rumah mewah untuk dijual kepada warga asing daripada membantu membina rumah untuk rakyat berpendapatan sederhana di negeri tersebut.
“Mereka berkata bahawa perjuangan pembangkang adalah untuk rakyat namun apabila diberikan kuasa, ia berlaku sebaliknya.Mereka tidak mampu untuk berkhidmat dengan lebih baik sebaliknya asyik menyalahkan kerajaan BN di atas sebarang permasalahan yang berlaku,”
Related Posts:
BR1M Peringkat Ketiga Dibayar Mulai Esok PUTRAJAYA - Pembayaran Bantuan Rakyat 1Malaysia peringkat ketiga, yang juga pembayaran terakhir BR1M 2017, akan dibuat mulai esok (16 Ogos) bersempena sambutan Aidiladha yang dijangka pada 1 Sept ini. Bagi permohonan yang… Read More
Pindaan POCA Lebih Efektif Banteras Jenayah Akta Pencegahan Jenayah (POCA) telah ditambah baik melalui beberapa pindaan supaya lebih efektif membanteras jenayah terutama jenayah terancang dan jenayah sindiket yang menggunakan kekerasan dan keganasan serta bersesuaian… Read More
Nothing To Hide 2 Batal: Kecoh Ketika Mahathir Menjawab Soalan Tragedi Memali #VIDEO Kecoh dan Tonggang terbalik... Program Nothing To Hide 2 di dewan di Shah Alam tiba-tiba gamat. Suasana dewan kecoh semasa Mahathir ditanya dan sedang menjawab mengenai isu Memali. Dalam kejadian bermu… Read More
Pemimpin Akar Umbi Jangan Jadi "Tukang Kipas" - TPM Zahid YAB Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi hari ini menegur pemimpin di peringkat akar umbi supaya tidak menjadi ‘tukang kipas’ dengan menyediakan laporan sokongan berstatus yang baik sahaja. Sebalik… Read More
Buka Pemilihan Presiden Kepada Anggota Bukti UMNO Bukan Milik Saya Seorang - PM Najib Langkah membuka pemilihan Presiden UMNO kepada lebih 165,000 anggotanya pada 2013 merupakan bukti nyata bahawa UMNO bukan milik saya seorang berbeza dengan zaman kepimpinan Tun Dr Mahathir Mohamad,? kata YAB Perdana Mente… Read More