Kempen Mega MyDaftar yang bertujuan membantu kaum India yang tidak mempunyai MyKad menunjukkan sikap telus dan ikhlas kerajaan Barisan Nasional (BN) membantu mereka yang mempunyai masalah berhubung status kerakyatan atau kewarganegaraan di negara ini.
Naib Ketua Pemuda Parti Gerakan Pulau Pinang, H. Puvaniten M Helan Govan berkata, ia jelas menunjukkan usaha murni kerajaan bagi memastikan tiada sesiapa pun yang tertinggal atau terlepas pandang di dalam soal pembangunan sosio ekonomi rakyat.
“Ini termasuk tidak menjejaskan peluang mereka untuk mendapatkan pekerjaan, pemberian bantuan kebajikan, pendidikan sekolah, bantuan kesihatan percuma kerajaan, perumahan dan urusan pinjaman dan pembiayaan sektor kewangan,” katanya di sini hari ini.