Harga runcit petrol RON95 turun tujuh sen kepada RM1.98 seliter manakala RON97 juga turun tujuh sen kepada RM2.24 seliter. Harga runcit diesel pula turun enam sen kepada RM1.88 seliter.
Kesemua penurunan berkenaan berlaku selama dua minggu berturut-turut. Bagi minggu sebelum ini iaitu 8 Jun hingga hari ini, harga runcit mingguan bagi petrol RON95 ialah RM2.05 seliter, RON97 pada RM2.31 dan diesel RM1.94 seliter.