Sunday, 14 May 2017
Wan Azizah Dan Mahathir Dulu Musuh Terkini Teman Baik
By @MNA at 22:56:00
Presiden PKR Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail mengakui bahawa beliau mempunyai hubungan baik dengan bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad yang pernah menjadi musuh ketat pembangkang amat diragui.
Bagaimanapun pengakuan Dr Wan Azizah itu seolah-olah hipokrit kerana disifatkan mempunyai agenda tersendiri selepas tidak berpuas hati dengan kerajaan Barisan Nasional.
Dalam wawancara dengan Al-Jazeera pada dua hari lalu, Dr Wan Azizah ditanya berkenaan ‘betapa terdesaknya untuk berkuasa’ kerana sanggup menjalinkan kerjasama dengan individu yang pernah menyokong pemenjaraan suaminya, Datuk Seri Anwar Ibrahim.
Ketua pembangkang itu menyebut bahawa bekerjasama dengan Tun Dr Mahathir bukan satu perjanjian dengan syaitan walaupun sebelum ini pernah mengeluarkan kenyataan mengkritik tindakan mantan perdana Menteri itu.
Menurut Ahli Parlimen Sekijang, Anuar Abdul Manap penafian Wan Azizah itu hanyalah penyedap kata sahaja, namun rakyat bukan bodoh untuk menilainya.
“Memang sekarang mereka terdesak apatah lagi bila PAS.memutuskan ikatan dengan mereka.ini bermakna PKR yang suatu masa dulu mengharapkan PAS untuk undi orang Melayu, kini bergantung dengan PPBM.
“Apapun alasan sekarang ni memang mereka melihat Tun Mahathir adalah antara yang boleh membantu mereka untuk menang PRU kelak,”
Pada Mei tahun lalu, Dr Wan Azizah dilaporkan mengingatkan pemimpin pembangkang untuk berwaspada terhadap bekas Perdana Menteri itu.
Ini adalah susulan Tun Dr Mahathir meninggalkan UMNO pada tahun lalu dan kini menjadi sebahagian daripada Pakatan Harapan sejak Februari.
Beliau kini mengepalai PPBM yang menjadi salah satu komponen Pakatan Harapan yang ditunjangi oleh Dr Wan Azizah.
Tegas Anuar, beliau melihat pembangkang seperti mudah terkelu kepada kata-kata manis sesiapa sahaja.
“Saya melihat dalam keadaan hari ini, mereka pun dah tak tahu nak percaya siapa dah. Musuh pun kalau boleh tidur sebantal dengan mereka akan diterima,” ujarnya.
Sementara itu, Ahli Parlimen Bagan Serai, Datuk Dr Noor Azmi Ghazali mendakwa tindakan Dr Wan Azizah itu gagal menunjukkan pembangkang akan kekal konsisten sebagai satu pakatan.
“Walau terpaksa jilat balik apa yang dah di kata. Sekarang Wan Azizah dah tak kisah, musuh ketat dan semua kata mesti di lupakan untuk menjayakan impian baru.
“Semua itu atas niat peribadi, buang Najib bukan untuk rakyat pun. sumpah seranah lama antara mereka kini jadi nyanyian bersama untuk hancurkan BN,”
Related Posts:
SPM 2015: 9,721 Candidates Obtain A In All Subjects, But GPN Drops Datuk Seri Dr Khair Mohamad Yusof PUTRAJAYA, March 3 (Bernama) -- A total of 9,721 candidates obtained excellent results (Grade A+, A, A-) in all subjects in the 2015 Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) examination, but… Read More
Desert Warfare Know-how Will Be Advantageous To Malaysia - Najib RIYADH, March 3 (Bernama) -- Having honed its skills in jungle warfare, Malaysia stands to gain valuable lessons in desert warfare, thanks to its participation in a military exercise in northern Saudi Arabia, said Datuk … Read More
Gempa Bumi Kuat Di Sumatera, Tiada Ancaman Tsunami Buat Malaysia KUALA LUMPUR, 2 Mac (Bernama) -- Gempa bumi kuat berukuran 7.9 pada skala Richter berlaku di barat daya Sumatera pada Rabu malam.Bagaimanapun, tiada ancaman tsunami terhadap Malaysia setakat ini, menurut Jab… Read More
Gempa Bumi Gegarkan Pulau Pinang Butterworth – Gempa bumi dengan kekuatan 8.3 skala Richter yang dilaporkan berlaku di Kepulauan Mentawai, Sumatera Barat pada jam 8.49 malam waktu Malaysia sebentar tadi turut menggegarkan beberapa kawasan di Pulau Pinan… Read More
Subsidi Tepung Ditarik, Marah, Harga Petrol Turun, Tak Bersyukur SIKAP Adun PAS Bukit Payung, Mohd Nor Hamzah yang seringkali mengeluarkan kenyataan yang berbentuk hasutan dengan tujuan untuk memberi gambaran buruk terhadap kerajaan Barisan Nasional yang kini mentadbir Terengganu, ama… Read More