Wednesday, 10 May 2017
UMNO Perlu Perhebatkan Proses Tarbiah Demi Kelangsungan Parti - Annuar Musa
By Aku Torres at 17:46:00
Memperhebatkan proses tarbiah terhadap dasar dan falsafah perjuangan parti kepada anggota adalah antara keazaman yang diperlukan UMNO sempena menyambut ulang tahun penubuhan parti keramat orang Melayu itu sejak tujuh dekad lepas.
Ketua Penerangan UMNO Tan Sri Annuar Musa berkata walaupun menjangkau usia 71 tahun, parti itu dilihat perlu menggiatkan lagi usahanya menanam semangat dan falsafah perjuangan parti itu khususnya dalam kalangan anggota generasi muda.
“Saya tidak segan untuk menyatakan bahawa inilah satu cabang yang UMNO agak lemah iaitu dari segi tarbiah.
“Sebagai parti yang memerintah, banyak perkara dalam tangan kita…kuasa, projek, peruntukan, apatah lagi UMNO adalah sebuah parti terbuka, nak masuk tiada proses pertarbiahan, isi borang, dah jadi ahli, tak perlu lalui ujian, kursus. Tapi yang masuk itu, kualitinya apa?
“Untuk perjalanan ke hadapan, program latihan dan tarbiah itu mesti diperhebatkan,” katanya kepada pemberita selepas menjadi tetamu dalam program Ruang Bicara di Bernama News Channel di Wisma, malam tadi.
Annuar berkata program-program latihan dan proses pentarbiahan itu perlu dilakukan secara berterusan dan bukan bersifat bermusim.
Anggota UMNO, katanya, juga perlu meningkatkan komitmen dan iltizam bahawa UMNO merupakan parti yang diwujudkan untuk mentadbir dan memerintah, bukan hanya untuk bertanding pada pilihan raya semata-mata.
“Bila mentadbir dan memerintah, ada falsafah dan ‘roh’ yang mesti dibawa bersama. Sebab itu, ia dipancarkan dalam Perlembagaan negara dan Perlembagaan parti.
“UMNO bukan kosong, bukan hanya satu lagi parti politik untuk masuk pilihan raya dan cuba memenangi beberapa kerusi. Kalau pembangkang, mereka boleh janjikan bulan dan bintang sebab dari awal ia tahu ia tak perlu buat.
“Tapi kita (UMNO), apa yang berlaku akan beri impak langsung kepada masyarakat. Kita ada agenda yang kita perlu jalankan untuk rakyat,” kata beliau.
Terdahulu, ketika menjawab soalan dalam program bual bicara itu sempena ulang tahun ke-71 UMNO pada 11 Mei ini, Annuar berkata parti itu perlu menjadi terbuka dengan menerima semula anggota yang telah keluar daripada parti berkenaan.
Beliau berpendapat proses perbezaan pendapat adalah sesuatu yang biasa berlaku dari dahulu dan ia tidak pernah menjejaskan parti itu.
“Kita tengok pada sejarah, Tun Mahathir (Tun Dr Mahathir Mohamad) pun pernah keluar dan masuk semula, Tengku Razaleigh (Tengku Razaleigh Hamzah) pun pernah dikeluarkan dan masuk semula.
“Proses perbezaan pendapat, keluar daripada parti, masuk semula itu berlaku sepanjang masa, pada saya ini sebahagian daripada lumrah perjalanan sebuah parti politik,”katanya.
Bagaimanapun, katanya, ada peraturan tertentu dalam Perlembagaan UMNO yang perlu dipatuhi dalam soal penerimaan semula bekas anggota UMNO itu.
Related Posts:
Hati- Hati DAP Ada Niat Tutup Felda. Kit Siang ada kata dalam Malaysiakini bahawa DAP tidak akan tutup Felda jika menang di Putrajaya. Boleh percayakah apa yang DAP cakapkan ini? Kalau tidak ada angin, masakan tiba tiba pokok bergoyang dan bercakap hal men… Read More
Mukriz Gagal Takbir , Menyatupadukan Parti Dan Tidak Setia Pengguguran Datuk Seri Mukhriz Tun Mahathir sebagai Menteri Besar Kedah dilakukan antara lain atas faktor kegagalan beliau mentadbir negeri selain tidak boleh menyatupadukan parti serta tidak setia kepada kepemimpinan dan… Read More
Dua Daddy Diktator Dalam Dilema Bimbang Di Asak ROS dan RCI Mahathir Berlakon Kerana Takut RCI, Kit Siang Berlakon Kerana Takut ROS. Kedua duanya sedang berdrama. Seorang berlakon mahu selamatkan anak dan kedudukan dalam parti roket. Seorang lagi berlakon mahu selamatkan diri… Read More
Satu Kapal Tiga Nakhoda Bakal Karam Struktur baharu Pakatan Harapan (PH) memperlihatkan parti pembangkang itu cacamerba apabila meletakkan tiga nakhoda dalam satu kapal. Exco Pergerakan Pemuda UMNO, Nazir Hussin Akhtar Hussin, berkata pakatan itu mele… Read More
DAP Selesaikan Dulu Isu ROS Dan Rasuah Sebelum Tunjuk Jaguh DAP jangan cakap banyaklah... Selesaikan Dulu Isu Pemilihan CEC & Skandal Rasuah Dua isu ini sekarang adalah liabiliti terbesar DAP. Dua dosa besar DAP pada rakyat. Dosa rasuah ditanggung seumpama batu besar di a… Read More