Sunday, 21 May 2017
RM 527,000 Sumbangan Badan Kebajikkan UMNO Kepada Rakyat Pulau Pinang
By @MNA at 20:06:00
Badan Kebajikan UMNO (BKUM) menyumbangkan dana sebanyak RM527,000 kepada golongan sasaran yang berkelayakan sempena program UMNO Bantu Rakyat di sini.
Golongan berkenaan terdiri daripada 100 ibu tunggal, 200 keluarga miskin, 300 pelajar sekolah dan anak yatim serta sumbangan khas kepada tiga pesakit kronik.
Pengerusi BKUM, Datuk Dr. Shamsul Anuar Nasarah berkata, sumbangan itu merupakan tanda ingatan pemimpin UMNO terhadap rakyat dalam fasa pertama siri jelajah yang diadakan.
Hari ini juga kita bawa pasukan perubatan BKUM yang terdiri daripada doktor pakar supaya anda semua boleh periksa kesihatan secara percuma.
“Malah, fasa kedua kita akan teruskan lagi program seperti ini selepas hari raya melibatkan 50 kawasan tumpuan dengan turun padang berjumpa dengan golongan sasar yang layak menerima bantuan,” katanya ketika berucap dalam program UMNO Bantu Rakyat dekat sini hari ini.
Turut hadir Pengerusi Badan Perhubungan UMNO Pulau Pinang, Datuk Seri Zainal Abidin Osman serta Pengerusi BKUM Pulau Pinang, Senator Norliza Abdul Rahim.
Dalam pada itu, seramai 4,400 penerima lain yang menerima sumbangan melibatkan semua bahagian di negeri ini.
Siri jelajah program berkenaan yang memasuki hari ketiga melibatkan 150 sukarelawan diteruskan lagi perjalanan ke negeri Kedah hari ini. - UTUSAN ONLINE
Related Posts:
Satu Demi Satu Institusi Diraja Dihina Pembangkang Kenapalah pembangkang di Malaysia ini suka sangat hendak serang institusi Raja Melayu? Tindakan Ahli Parlimen Pokok Sena, Mahfuz yang memperlekeh dan menghina Sultan Pahang, Sultan Ahmad Shah yang sedang gering sebagai ba… Read More
Beza Antara Orang Bersyukur & Pembangkang Yang Taksub Di Kampung Bukit Lanchong, Shah Alam tinggal dua orang OKU, suami dan isteri. Menyara hidup mereka dengan "trimming getah", 20,000-30,000 getah, dapatlah RM200 sebulan. Isteri berusia 53 tahun, suami 60 tahun. "Anak say… Read More
Pemukiman Pemimpin Malaysia-Singapura Bermula Hari Ini. SINGAPURA - YAB Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak memulakan Pemukiman Pemimpin Malaysia-Singapura hari ini dengan mengadakan pertemuan empat mata dengan rakan sejawatannya, Perdana Menteri Lee Hsien Loong, di sini.Per… Read More
Ringgit Kukuh Kerana Pentadbiran Najib Bukannya Kerana Pencalonan Mahathir Sejak 2015, bertalu talu Mahathir, Kit Siang, Tony Pua dan Rafizi asyik menyatakan bahawa negara Malaysia ini hendak muflis dan gagal. Mereka kata ringgit lemah dan ekonomi merosot.Tiba tiba semalam, bila dakwaan itu semu… Read More
Pertikai Najib Masuk Kaabah, Mukhriz Tiru Perangai Biadap "Tahap Gaban" Bapa BR1M dikata sebagai rasuah, jemaah haji 1MDB dikata sebagai tidak sah haji, orang Bugis dihina, mufti dikata kafir dalam isu Memali dan Hadi Awang juga dianggap kafir. Itulah fatwa fatwa Mahathir sejak berkawan baik… Read More