Tuesday, 9 May 2017
PAS Benar-Benar Jadi Lebai Malang Di Selangor
By Aku Torres at 13:24:00
Bukan main lagi bergegar dalam muktamar mahu jahanamkan PAN, mahu ceraikan PKR. Balik sahaja Azmin dari luar negara, ADUN PAS dulu yang ke depan menerpa.
Selepas kira-kira seminggu tamat Muktamar Tahunan PAS ke-63 di Alor Setar pada 1 Mei lalu, PAS ternyata masih satu parti yang cakap tidak serupa bikin kerana sungguhpun usul memutuskan hubungan dengan PKR telah diterima dalam tanpa bahas dalam muktamar, kesemua Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) dan Exco Negeri Selangor masih bertugas seperti biasa hari ini.
Bekas Pesuruhjaya PAS Selangor dan Exco Kanan Negeri, Datuk Iskandar Abdul Samad buat alasan bahawa Kerajaan Negeri Selangor adalah hasil dari mandat rakyat pada Pilihan Raya Umum (PRU) ke-13 lepas dan mereka masih kekal bersama di dalamnya.
Siapa yang hendak PAS tipu sekarang ni? Rakyat, pengundi atau para perwakilan di muktamar apabila Iskandar berkata kesemua ADUN dan Exco kekal dalam kerajaan negeri menjalankan tugas seperti biasa?
Laungan takbir dan para perwakilan berdiri yang dibuat ketika usul berkenaan diterima sebulat suara di muktamar dianggap sia-sia oleh para pemimpin PAS di Selangor.
Pada 30 April 2017, Exco PAS dalam Selangor Zaidy Abdul Talib macam rendah diri kata PAS Selangor akan akur apa keputusan kepimpinan dan keputusan muktamar tetapi sekarang apa cerita?
Tanggal 27 November 2013, ialah hari Dewan Undangan Negeri (DUN) Selangor meluluskan kenaikan gaji yang tinggi, ini yang membuatkan para Exco di negeri Selangor tidak hiraukan lagi keputusan muktamar tapi tugas di negeri Selangor.
Gaji Exco di Selangor ialah RM20,250 manakala gaji ADUN ialah RM11,250.
Cerita ADUN Meru Dr Abdul Rani Osman jangan dilupakan. Ketika Pilihan Raya Kecil (PRK) Parlimen Sungai Besar beliau yang mewakili PAS tapi dilihat berada bersama-sama sebelah Menteri Besar Selangor Azmin Ali memberikan sokongan kepada calon PAN yang bertanding pada ketika itu.
ADUN PAS di Selangor bersikap talam dua muka, depan Hadi Awang cakap lain, depan Azmin cerita lain.
Sekarang ini betul-betul dah keliru kerana Presiden PAS, Datuk Seri Abdul Hadi Awang sendiri pun berdiam diri berkenaan langkah memutuskan hubungan dengan PKR di Selangor.
Majlis Syura Ulama PAS masih belum bermesyuarat berkenaan hal ini, tetapi di Selangor nampaknya kerjasama mereka masih erat dan tidak ada tanda-tanda pun hendak diputuskan.
Kasihan betul kepada ahli ahli PAS di Selangor yang mengundi PAS kerana mereka menyangka PAS ni satu parti yang tegas dan betul-betul ada prinsip dalam politik, tetapi sebenarnya takut pada Timbalan Presiden PKR.
PAS sanggup duduk bawak ketiak PKR dan DAP di Selangor. Takut hilang jawatan Exco. Takut hilang gaji besar.
Berapi-api bertakbir di muktamar tapi keputusan dan kesannya tiada.
Kini PAS bernilai di mata Azmin sebelum PRU14 sahaja. Masa PRU14 nanti, semua ADUN PAS ini akan ditamatkan karier mereka oleh calon calon PAN atau PKR.
Sallehin Mukhyi dilantik sebagai Pengerusi PAS Selangor yang baru gantikan Iskandar. Ini signal awal, Hadi Awang juga mahu kerat barah dalam PAS Selangor.
Adun & Exco PAS Selangor ikut Azmin disebabkan gaji yang tinggi. Mereka tidak tahu pada PRU14 nanti mereka semua ini akan jadi pak lebai malang sahaja.
Tengok apa yang berlaku di Penang. DAP gunakan PAS untuk penggal pertama sahaja, 2008-2013. Penggal kedua, PAS diterajang keluar, PAN jadi dibawa masuk sebagai kawan.
Itu yang akan berlaku pada PAS Selangor juga. Akhirnya, jadilah mereka ini seperti pak lebai malang selepas PRU14 nanti. Waktu itu baru pak lebai PAS ini menyesal? - Beruang Biru
Related Posts:
Khairudin Pilih Sertai DAP Selepas Patah Hati Dengan Parti Bersatu ORANG kuat Tun Dr Mahathir Mohamad, Datuk Khairuddin Abu Hassan bakal menyertai DAP? Menurut sumber dalaman DAP, terdapat ura-ura mengatakan bekas ahli Parti Pribumi Bersatu Malaysia (PPBM) itu bakal menyertai DAP dalam … Read More
Ringgit Dijangka Melonjak Semula Ringgit dijangka melantun semula daripada paras rendah 19 tahun disokong langkah kerajaan untuk memacu permintaan ke atas mata wang tempatan itu, demikian menurut pemain sektor perbankan dan jawatankuasa pasaran kewangan b… Read More
Rakyat Dapat BR1M Dihina, Anak Dapat RM 700 Juta Didiamkan. Wartawan Malaysiakini melaporkan bahawa Tun Mahathir telah mengeluarkan kenyataan bahawa Bantuan Rakyat 1Malaysia atau BR1M adalah salah di sisi undang undang dan agama, memberi maksud bahawa menerima BR1M seperti menerima… Read More
Sistem Blok Hasilkan Pendapatan Lumayan Para Peneroka Felda Kenaikan harga buah sawit mencecah sehingga RM819 satu tan metrik sejak beberapa hari lalu memberikan pulangan lumayan kepada peneroka Felda yang dikembalikan kepada sistem blok. Sistem yang membuat perkiraan hutang k… Read More
Hubungan Dengan China Bukan Ancaman, Ia Hubungan Dagang Progresif - Penganalisis Keupayaan Malaysia mendapatkan sebanyak mungkin pelaburan langsung asing (FDI) dari negara China ketika iklim ekonomi yang tidak menentu, sepatutnya dilihat sebagai manifestasi hubungan dagang yang progresif antara kedua-du… Read More